Soalan popular abad ini….apa ayat promosi untuk nak jual produk…?

Ada soalan ada jawapannya.

Soalannya – apa ayat promosi nak guna bila masa nak jual produk?

Ayat promosi sesuai ialah …

Saya ada satu solusi mudah untuk kita hasilkan ayat promosi ini.

Kita dok jangan pening kepala asyik nak fikir apa nak tulis ni.

Promosi perlu diteruskan.

Bisnes nak kena jalan.

Cuba cari jalan yang paling simple dan mudah nak buat.

Kumpulkan semua soalan yang pernah ditanya oleh pelanggan.

Maksud saya ni hanya soalan yang pelanggan tanya yang melibatkan produk kita sahaja.

Namun jika anda baru nak mula dan belum ada tanya soalan, jangan risau.

Spy sikit kat fan page orang lain yang jual produk lebih kurang sama.

Lihat kat komen-komen pelanggan.

Kumpul semua kuiri-kuiri atau pertanyaan dari ruangan komen.

Grupkan soalan-soalan tersebut kepada beberapa kategori yang berlainan.

Ini elakkan dari soalan-solan yang tak relevan di kumpul dalam grup yang sama.

Soalan-soalan inilah yang kita boleh guna untuk update status bisnes produk kita.

Heading kita buat soalan dan content pula adalah jawapan kepada soalan tadi.

Pastikan setiap status update hanya cover satu kategori soalan sahaja.

Jangan jadikan satu update tu menjawab kesemua soalan.

Kenapa?

Setiap orang yang memerlukan produk kita adalah atas sebab yang berbeza.

Contoh?

Krim kulit.

Ali nak krim kulit sebab dia ada banyak jerawat.

Siti nak krim kulit sebab kulit dia tone warna tak rata.

Karim nak krim kulit sebab kulit dia kering.

Tip promosi jangan letakkan semua advantage produk dalam satu update status.

Satu update hanya fokus kepada satu kelebihan produk sahaja.

Ada faham  pemasaran Fb?

Mudah nak buat jika dah faham.

Klik jer sini nak tahu formula ayat marketing yang POWER!

2 thoughts on “Soalan popular abad ini….apa ayat promosi untuk nak jual produk…?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *