Skill utama pemasaran di wall fb untuk tarik perhatian bakal pelanggan

Saya selalu terfikir.

Apa perkara paling utama bila buat marketing di fb wall?

Benda ni timbul bila saya asyik tercari-cari teknik sebenar apabila nak buat promosi produk yang dijual.

Lepas belajar satu teknik lepas satu teknik saya rasa macam ada kekurangan.

So, belajar lagi teknik tapi tak cukup lagi.

Especially bila belajar bab teknikal dan dah mahir tapi pengisiannya pula kosong.

Akhirnya saya buat kesimpulan bahwa skill yang paling utama yang saya perlu ada ialah “ayat power”.

Ingatkan dah tamat pencarian saya, rupanya belum lagi lengkap. Ayat power tu dah betul. Cuma ….masih rasa tak cukup.

Takkan asyik asyik ayat power. Lama-lama muak orang membacanya. Kita pun boleh muntah kalau hari-hari ngadap ayat power.

Sebenar-benarnya apa yang kita perlukan dalam promosi produk kita ialah ayat power 90% dalam bentuk “softsell”, “penulisan”, “penceritaan”, dan hanya 10% dalam bentuk “hardsell, beli itu, beli ini, dsb”.

Dengan hanya kemahiran penulisan, dengan adanya kontent, substance, kita boleh olah pelbagai artikel untuk kita mula-mula tarik perhatian pelanggan iaitu menanamkan kepercayaan pelanggan kepada kita.

Serlahkan kepakaran kita.

Dan sambil itu kita ceritakan produk kita kepada umum.

Bayangkan hanya dengan penceritaan, baru orang akan faham faedah produk kita.

Yang mana kita sampaikan kepada umum dengan cara yang santai sahaja.

Bayangkan tanpa penulisan berwibawa, bagaimana orang nak percaya dan respek kita, apatah lagi nak faham promosi yang kita buat?

Dapat tangkap maksud saya? Cuba lihat sendiri wall FB masing2. Rasanya adakah cukup kredibiliti FB anda tu? Jika anda sendiri baca, adakah anda terasa anda ini mantop atau tak?

Tak paham jugak boleh klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *