Sistem pendidikan negara perlu dahulukan adab sebelum ilmu




Sewaktu mahu menulis topik ini waktu itu belum lagi kedengaran apa-apa pembaharuan yang gempak dari Kementerian Pendidikan melainkan dari kehangatan isu warna kasut dan stokin.

Di radio juga kedengaran beberapa pakar yang membincangkan tentang pendidikan awal yang menitikberatkan sahsiah dan moral agar diterapkan kepada generasi muda untuk membentuk bakal pemimpin yang lebih mapan di masa depan. Namun syukur akhirnya kita dikejutkan dengan anjakan paradigma yang dirasakan sangat berani. Dimana sebelum bajet 2019 dibentangkan lagi sudah ada kenyataan menteri yang menyatakan tentang penghapusan peperiksaan bagi darjah, darjah 2 dan darjah 3 bagi mengelakkan penilaian yang bersifat akademik sebaliknya pelajar perlu dinilai dari segi nilai melalui aktiviti luar darjah atau aktiviti bukan akademik.

Akhirnya kita boleh berasa lega kerana sudah ada kesedaran dariperingkat tertinggi berkaitan hal ini. Belum masih lagi terlambat bagi Malaysia untuk mengikuti jejak langkah sistem pendidikan Jepun atau sistem pendidikan Finland misalnya dimana generasi awal yang muda-muda ini dibekalkan dengan nilai (values), moral, adab dan seumpamanya supaya apabila mereka ini berilmu kemudian akan digunakan ilmunya untuk tujuan yang baik-baik sahaja. Apa yang kita tidak mahu adalah apabila generasi muda ini dikejarkan dengan kemajuan akademik tanpa nilai yang tidak dititikberatkan secara serius akhirnya mereka menggunakan ilmu sewenangnya tanpa memikirkan etika dan menyalahgunakan ilmu itu untuk kesenangan jangka pendek sahaja.

Manusia itu dipegang pada adab sebenarnya dan bukan ilmu semata. Nabi Muhammad saw diturunkan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan adab yang mulia maka kaum itu akan disanjung kerana kemajuan yang dicapai hasil dari didikan yang berhemah. Kebanyak values yang diajar didalam Islam banyak diamalkan di negara bukan Islam. Yang paling obvious adalah Jepun. Sudah banyak akhlak orang Jepun ini yang diviralkan oleh media sosial sebab itu kita terdedah cuma kita tidak amalkan sahaja. Yang biasa kita dengar adalah kisah budak-budak dilatih membasuh tandas bermula dari tadika lagi. Ada orang kata Malaysia pun ada buat. Tentu ada beza. Malaysia ada buat tapi di Jepun mereka jadikan amalan. Lain kan.

Bukan orang Jepun tiada yang tidak baik cuma disini kita lihat yang positif. Mereka juga tidak perfect seperti kita juga. Dalam hal tandas ini ianya sangat ketara kerana apabila kita berada disana dan menggunakan tandas mereka baru kita akan akui. Sampaikan ada orang yang merasai pengalaman menggunakan tandas disana akan kata kebersihan tersebut sampai tahap kita boleh tidur. Sebenarnya takde pun orang nak tidur dalam tandas tetapi jika nak dibandingkan dengan tandas disini mungkin orang lebih sanggup tidur dalam tandas Jepun dari tidur dalam tandas disini.

Bukan itu sahaja, adab lain seperti kebersihan, menghormati orang lain diterapkan dari kecil secara amalan disiplin dan bukan faham-faham sendiri dan belajar-belajar sendiri secara tidak formal. Jika diajar secara akademik juga tidak melekat dihati. Baca buku teks, hujung tahun ambil exam jawab soalan siapa dapat A dia excellent. Adab dan nilai diajar untuk diamalkan. Hasilnya jika kita pernah dengar orang Jepun mengutip sampah selepas perlawanan bola Piala Dunia di Rusia. Juga para haji Jepun mengutip sampah di Tanah Haram selepas bermalam di Mina. Ianya seperti virus yang ditanam dalam jiwa orang Jepun.

Ini menunjukkan jiwa yang sudah disemai dengan adab dan nilai waktu kecil akan dibawa sehingga ke besar. Selepas itu apa ilmu pun masuk akan digunakan atau diaplikasikan dengan disiplin dan etika yang betul. Dalam Islam sendiri pun sepatutnya begitu. Malah pepatah Melayu ada mengatakan buluh dibentuk dari rebungnya. Cuma bagaimana implementasinya yang kita perlu perbaiki. Tidak semestinya rebung itu di sumbat dengan material semata-mata tetapi mesti dimasukkan nilai dan adab terlebih dahulu. Setelah mantap barulah ilmu yang lain yang berbentuk material boleh menyusul.

Turutan kemasukan ilmu ini dilakukan dengan sekuen yang betul supaya apa jua ilmu yang diajar akan di appreciate oleh individu. Tanpa adab, individu akan memandang dunia ini hanyalah material semata-mata dan melihat dunia tanpa jiwa.

[TIPS NIAGA] Mahu Hasilkan Jualan di Fesbuk SEGERA Tanpa FBads? Hanya COPY, ADJUST & PASTE Strategi Meroket Jualan Ini untuk Mula Promote Produk dan Servis Anda HARI INI! ---> Apply Strategi Jualan Ini di Akaun FB Profile / FB Group Anda SEKARANG dan Lihatlah Bagaimana Hasilnya!

About Azam Mohd 700 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk dan servis masing-masing di blog ini secara PERCUMA sebagai aktiviti CSR dan dakwah. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*