Siapa Saya?

As Salam Sejahtera,

Setiap orang biasanya mesti ada BIG WHY diorang. Kenapa dia buat benda tu. Mesti ada sebab di sebaliknya Begitu juga saya. Kenapa buat blog?

Impian saya untuk buat satu empayar bisnes online serta ujudkan satu tabung wakaf bagi membantu umat mulakan perniagaan. Bagi permulaan saya cuba usahakan untuk diri saya dahulu dan semoga dengan izin Allah swt akan berkembang untuk orang lain pula.

Selain itu saya suka berkongsi. Ilmu yang kita ada akan lebih bermanfaat sekiranya kita kongsikan dengan orang lain. Kebanyakan ilmu yang saya kongsikan adalah berkaitan motivasi untuk niaga kecil-kecilan bagi menambah pendapatan.

Semua orang nak cari wang lebih kan? Harap sangat ianya boleh membantu kewangan anda yang sudi membaca info disini.

Saya memilih perkongsian melalui medium blog. Ini adalah kerana dalam blog info yang ada terkumpul disatu tempat dan anda boleh buat search dengan mudah.

Nak ada blog sendiri sebenarnya boleh belajar sebab sekarang ni terlalu banyak info percuma yang berterabur diinternet ni samada di website mahupun videosite. Info secara video lebih mudah untuk belajar terpulang samada kita nak belajar atau tidak kan. Cumanya kalau tak pandai handle info lama-lama anda boleh mencapai satu keadaan yang dipanggil info overloaded. Last last semua ilmu pun tak lekat. Sebenarnya semua info boleh dapat percuma terpulang pada kita nak susun supaya ia teratur dan senang faham.

Otak kita ni kalau info yang masuk teratur kita pun senang faham tapi kalau berterabur otak kita akan confuse dan jadi tak faham. Lepas tu sebaik sahaja belajar nak kena terus buat sebab kalau simpan samada lupa, motivasi berkurangan dan lama-lama anda tidak akan buat apa-apa walaupun anda dah ada banyak ilmu.

Domain dan hosting saya dapatkan dari NetKL kerana ada pakej termurah bagi yang baru bermula dimana dapat domain PERCUMA dan sewa hosting pun murah seawal cuma RM60.00 sahaja setahun! NetKL juga merupakan syarikat yang kukuh dan memberi servis terbaik dan konsisten. Nak balik modal pun mudah sangat malah untung lagi. In shaa Allah.

Semua yang saya sebutkan diatas sebenarnya mudah saja nak buat kalau anda tahu cara yang betul. Begitulah ceritanya. Sebenarnya faedah yang saya cerita disini cuma sebahagiannya sahaja. Jika anda minat nak tahu dengan lebih mendalam boleh la korek rahsia yang selebihnya.

So, setakat ni dulu. Jika ada perkara nak tahu bolehlah hubungi saya dengan email menggunakan borang online yang saya sediakan di page ‘Hubungi Saya‘.

Semoga bermanfaat.

In shaa Allah.

Azam Mohd

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com