Siapa dia Al-Masih Dajjal yang masih ramai belum tahu ?

Siapa Dajjal? Apa peranan Dajjal?

Saya tak mahu cerita panjang lebar takut anda terlena dan tak dapat tangkap point yang saya cuba sampaikan.

Ringkasnya Dajjal ingin mengalihkan perhatian kita dari Al-Masih sebenar yang akan muncul iaitu Nabi Isa. Dajjal ingin mengelirukan kita dan claim diri dialah Al-Masih yang akan menyelamatkan manusia di akhir zaman.

Siapa Dajjal? Soalan ini takperlu dijawab kerana sesiapun boleh jadi Dajjal. Peranan Dajjal itulah yang patut kita awasi dan hindari.

Ikon akhir zaman yang selalu berlalu di fikiran kita ialah Imam Mahdi. Pemikiran ini sama dengan pemikiran ulamak Syiah di Iran. Sepatutnya kita perlu awasi kemunculan Nabi Isa as. Imam Mahdi berperanan sebagai orang tengah yang selamatkan kita dari Dajjal dan kemudiannya menyerahkan pemerintahan dunia kepada Nabi Isa as.

Musuh utama kita ialah Dajjal. Bagi kita yang akan pengetahuan in shaa Allah kita boleh elak dari terpedaya dengan Dajjal. Namun bagi yang bukan Muslim dan mereka yang tak ada info pasti sudah tentu mudah mereka terpedaya dengan Dajjal.

Dajjal cuna nak ambil peranan Nabi Isa agar umat manusia terkeliru dan menjadikan Dajjal sebagai Nabi akhir zaman. Nabi Isa as adalah dari kalangan Bani Israel. Dajjal cuba menjadikan dirinya ikon di kalangan orang Israel dan dia telah berjaya sebenarnya.

Tanda-tanda Dajjal sedang dan telah mulakan agendanya:

1. Pembentukan negara haram Yahudi

2. Penghijrahan Yahudi  dunia ke Israel

3. Penggunaan teknologi canggih untuk menunjukkan kekuasaan Dajjal yang kononnya menunjukkan mukjizat Dajjal untuk menandingi mukjizat sebenar yang ada pada Nabi Isa as.

Mohon agar kita tidak terpedaya dengan Al Masih Dajjal.

Anda juga mungkin meminati kisah YakjujDanMakjuj?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *