Semuanya dari hati ikhlas kerana Allah

Ikhlas Kerana Allah

Setiap dari perbuatan kita sehari-hari adalah tercetus dari hati. Sekiranya baik hati kita maka baik hasilnya dan begitu juga sebaliknya.

Kehidupan yang positif bermula dari cetusan hati yang murni dan fikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Mulakan setiap perbuatan pada setiap ketika dengan niat yang baik. Tetapi niat baik sahaja tidak cukup. Niatlah kerana Allah swt. Ikhlas kerana Allah swt.

Sebagai seorang Muslim setiap perbuatan baik akan dibalas pahala. Malah setiap niat yang baik walaupun kita belum mula melakukan, hanya dengan niat sahaja ianya sudah dibalas pahala. Jadi jangan dirugikan setiap detik hidup kita dengan tanpa niat kerana Allah swt. Hidup ini sia-sia jadinya. Setiap saat setiap ketika ingat lah Allah swt.

Apatah lagi sebagai seorang yang berniaga, niat akan mudah terpesong kerana inginkan keuntungan. Kekadang bukanlah keuntungan sangat sebab nak lepas tanggungan diri dan keluarga dari hari ke hari pun dah terasa sukarnya apalagi nak keuntungan yang berganda. Kadang stress dibuatnya kerana asyik mengharapkan jualan demi jualan tapi tak capai seperti apa yang diharapkan.

Sebab itu adalah lebih baik diniatkan berniaga ini kerana Allah swt dan selebihnya diniatkan untuk memudahkan urusan client (selesaikan masalah pelanggan) dan secara tak langsung kita mendapat upah yang boleh digunakan untuk menyara diri dan keluarga.

Niat ini sangat penting. Harapan pada niat yang tidak betul akan jadikan kita seorang penagih (?). Ketagih duit adalah fenomena orang yang hanya mengharapkan jualan masuk tanpa memikirkan untuk membantu pelanggan. Ramai peniaga yang macam ini. Hanya memikirkan wang, duit dan RM.

Bukan senang nak senang tapi inilah hakikatnya. Ramai yang terperangkat dengan niat penagih duit. Elok kita bersihkan hati dahulu. Macam juga berpuasa niat hari-hari. Kita boleh sahaja berpuasa hari-hari tanpa masalah tapi dengan tanpa niat puasa kita itu untuk apa? Apa tujuannya? Macam takde halatuju kan? Sia-siajadinya. Niaga juga begitu niat hari hari akan kita sentiasa perbaharui niat. Tak susah ye. Niat lah sahaja kerana Allah swt, “Ya Allah, sesungguhnya aku berniaga pada hari ini hanyalah semata-mata keranaMu. Amin”.

Bila kita dah doa seperti yang diatas, then barulah kita angan-angankan dan merancang bagaimana nak buat sales, nak capai sales berapa dan sebagainya.

Tapi ingat sebelum tu, bersihkan hati, kosongkan minda dan niat bahawasanya kita berniaga ini hanyalah kerana Allah swt.

Wallahu’alam.

Ikhlas Kerana Allah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com