Sedekah menggandakan rezeki

Khutbah Jumaat yang dengar baru-baru ini sangat terkesan di hati saya. Walaupun kisah ini telah kita dengar berkali-kali tetapi bila di sampaikan dengan gaya yang berlainan ia mengembalikan tentang rasa kekuasaan Allah swt di hati kita. Khatib sempat menyelitkan kisah tauladan dan tidak terlalu terikat dengan skrip khutbah menjadikan ia agak menarik dan tidak mengantuk di dengar.

Ada dua kisah yang di kongsikan iaitu yang pertama berkenaan seorang miskin yang membawa beca untuk menyara keluarga. Walaupun miskin, pengayuh beca ini telah tetapkan dalam jadual mingguannya bahawa pada setiap hari Jumaat, beliau akan tidak mengambil upah membawa penumpang berbanding hari-hari yang lain seperti hari Isnin, Selasa, Ragu dan Khamis. Hanya pada hari Jumaat beliau niatkan sedekah atas usahanya itu membawa penumpang tanpa mengambil upah.

Lalu pada satu hari ada seorang kaya yang meminta pengayuh beca untuk membawa beliau ke suatu tempat. Tetapi orang kaya ini terkejut kerana bagaimana seorang yang miskin tidak mahu mengambil upah darinya setelah bersusah payah mengayuh beca pada hari Jumaat. Orang kaya ini fikir bahawa dirinya yang benar-benar kaya juga tidak bersedekah tapi bagaimana seorang yang miskin sanggup berbuat demikian. Dia berasa agak bersalah. Pada suatu hari yang lain, orang kaya ini sekali lagi meminta pengayuh beca untuk membawanya menaiki beca. Tapi kali ini diminta agar beliau membawanya ke rumah pengayuh beca itu sendiri. Memang benar setelah di amatinya rumahnya memang benar-benar dia adalah seorang yang miskin dan orang kaya ini masih hairan bagaimana seorang yang miskin dan tidak cukup keperluannya tapi masih boleh bersedekah. Maka timbul keinsafan dalam diri oarang kaya tersebut kerana beliau tidak pernah bersedekah walaupun kaya. Timbul idea dalam hatinya kemudian untuk membuat sedekah dan kebaikan. Kemudian di beritahu kepada orang miskin tadi bahawa orang kaya ini akan membiayai seluruh belanja haji seluruh keluarga si miskin untuk ke Makkah untuk tahun itu.

Allahuakbar!

Kisah satu lagi pula berkenaan seorang ibu tunggal yang menjual tapai untuk menyara hidup. Hari-hari kerjanya adalah menyediakan tapi pada tiap-tiap hari sebelum dapat di jual pada esok harinya. Itulah caranya beliau menyara hidup setiap hari tanpa penat dan lelah. Maksudnya jika berlaku ketidaklancaran jualan pada satu-satu hari maka pendapatan beliau akan terjejas. Nak di jadikan cerita pada suatu hari beliau di uji. Tapai yang di sediakan sehari sebelum rupanya belum masak-masak lagi. Ini menjadikan ibu tunggal ini berdebar-debar dan tertanya-tanya apakah ujian yang Allah swt turunkan padanya ini kerana dosa yang telah di lakukannya. Dia meruntun-runtun dalam hati dan merayu-rayu pada Allah swt agar membantunya dan mengharap-harap agar tapainya akan masak sebelum bertolak ke pasar untuk membuat jualan. Setelah beberapa ketika, di periksa lagi didapati tapainya masih juga belum masak-masak lagi. Ibu ini terus juga berdoa agar dipermudahkan urusannya dan tanpa menghiraukan tapainya yang masih belum masak tetapi tetap di bawanya ke pasar untuk mencuba nasib mana tahu sampai di pasar tapainya akan masak. Sampai di pasar ibu ini terus berjaja bersama kawan-kawan ibu yang lain menjual kuih. Perasaan risau dan gangguan fikiran terus bermain di otak ibu tunggal ini, Ya Allah bantulah aku!. Tapi bila di periksa lagi masih belum masak -masak juga lagi tapai beliau. Tatkala kawan-kawan lain telah menghabiskan jualan kuih masing-masing, beliau masih terduduk di situ menantikan tapainya yang belum masak. Hinggalah hampir rasa putus asa beliau pun mula bangun untuk meninggalkan pasar untuk balik kerumah, tiba-tiba ada panggilan dari jauh. Kak, ada tak tapai lagi untuk anak saya bawa balik ke kampus. Saya nak tapai yang belum masak supaya anak saya boleh bawa ke tempat pembelajarannya!

Subhanallah!

Janji Allah swt rezeki tetap ada untuk kita cuma bagaimana dan bila Allah swt nak beri itu adalah hak Allah swt. Kita perlu cuma doa usaha dan tawakkal, tiap-tiap saat, waktu setiap hari.

Jangan putus asa dari rahmat Allah swt. In shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *