Saya nak kaya tapi tak tahu bagaimana?

Tahniah kerana anda dah sampai ke sini.

Saya tahu tujuan anda apa yang ada dalam fikiran anda.

Tapi mungkin anda belum tahu beberapa perkara.

Kaya adalah satu tanggungjawab.

Ia bukan hak individu ia hak masayarakat.

Jadi sebelum saya bermula setkan fikiran anda.

Kosongkan minda anda.

Cuba lihat.

Kita bantu orang Allah akan bantu kita.

Jika kita kaya dengan menabung duit itu kaya sekali sahaja.

Lepas guna duit tu dan habis di situ sahaja.

Kaya sepatutnya seperti anda bina satu sistem pengairan di padang pasir.

Kawasan yang kontang bertukar menjadi satu ladang yang subur.

Ladang ini pula diwarisi oleh keturunan demi keturunan keluarga petani tanpa putus.

Dengan hasil pertanian itu mereka menyara keluarga dan keturunan anak cucu cicit dan sebagainya.

Ianya bertali arus dan memberi manfaat kepada banyak pihak.

Jika tidak mampu untuk buat macam tu, fikirkan yang mudah.

Kayalah dengan sebab nak menyara keluarga membentuk anak dan keturunan yang berguna dan memberi manfaat kepada ummah.

Kayalah dengan sebab nak bawa orang tua ke umrah atau haji.

Kayalah dengan sebab nak membiayai rumah anak yatim.

Kayalah dengan sebab nak membina sekolah tahfiz.

Dan banyak lagi sebab lain dan jangan nak kaya kerana untuk diri sendiri.

Kaitkan kekayaan itu untuk orang lain.

Kaya sebab nak beli rumah mewah sebab nak kongsi dengan anak yatim. Itu ok.

Kaya sebab nak beli kereta mewah sebab mudah nak balik kampung ziarah orang tua atau mudah nak hadiri kelas tok guru yang dibuat jauh dari kediaman kita. Itu ok.

Sentiasa kaitkan dengan orang lain.

In shaa Allah, kita bantu orang Allah akan bantu kita kerana akhirnya semua dapat manfaat.

Klik sini —> Anda nak kaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *