Sambut Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan dan sedekah

Saya baru sahaja selesai mendengar ceramah dari ustaz yang didadakan sempena permulaan bulan Ramadhan baru-baru ini. Banyak tips yang di kongsikan oleh ustaz. Rugi rasanya jika kita tidak share untuk kebaikan kita semua.

Pesan dari ustaz, Ramadhan adalah bulan di mana di buka pintu syurga dan di tutup pintu neraka. Ini menandakan bulan Ramadhan adalah bulan yang berkat di mana peluang untuk kita memperbanyak pahala sangatlah luas. Apa jua bidang kerja kita boleh kita jadikan sebagai ladang pahala untuk di tuai hasilnya sebagai bekal untuk kehidupan di akhirat kelak.

Inilah rezeki dari Allah swt bagi mereka yang sedar. Cuba bayangkan kiranya kita bersedekah untuk belanja orang berbuka di masjid. Kita juga sama akan mendapat pahala berpuasa dari orang yang kita belanja buka puasa tadi. Bayangkan pula kita bersedekah untuk pembinaan masjid baru. Kita juga akan sama mendapat pahala amalan kariah yang menjalankan ibadah di masjid baru itu nanti apabila ia sudah siap di bina.

Allah swt telah memberi jalan mudah dan begitu luas peluangnya. Kini ianya terpulang kepada kita untuk amalkannya. Tidaklah sesusah mana, mulakan dengan ada apa yang di tangan dahulu. Jika sedikit, mulakan dengan yang sedikit dahulu. Jika ada banyak, jinak-jinakkan diri dengan jumlah yang lebih banyak. Janji Allah swt adalah benar. Tidak perlu untuk anda ragu walau sebarang setitik. Pasti Allah swt akan beri ganjaran.

Selamat menyambut Ramadhan yang penuh berkah!

Hidup sedekah —> Hidup berkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *