Uniknya buku Rosyam Nor Impian Jutawan Budak Setinggan

Banyak perkara yang sangat saya perasan tentang kehidupan Rosyam Noor yang diceritakan dalam buku beliau ialah:

  1. Redha dan syukur dengan kehidupan awal beliau
  2. Berangan-angan untuk mencapai impian kemudian bertindak mengikut impian yang diangankan
  3. Bergantung dengan Allah sepanjang masa
  4. Tawakal bersungguh kepada Allah
  5. Bila berdoa zahirkan tentang kerisauan berganda kepada Allah
  6. Untuk berjaya biasakan bergaul dengan orang yang dah berjaya

Sebenarnya ada banyak lagi.

Saya akan cuba update lagi.

Cumanya beliau cerita secara bersahaja jadi akan cuba cuba kupas apa sebenarnya yang beliau buat untuk mendapatkan kehidupan yang dari keadaan hidup di setinggan hingga mencapai jutawan.

Angan-angan jangan tinggal.

Kalau berangan pun takut bagaimana nak mencapai impian?

Kan.

Jika mahu disambung lagi ialah jangan memaksa keadaan.

Rezeki kita telah dijamin cuma tugas manusia ialah mendapatkan rezeki dengan cara yang halal.

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Sebagai contoh kita nak dapat kontrak supply.

Ada orang mengaku ejen kenal orang dalam boleh buat kabel untuk lulus kontrak juta-juta.

Kalau tidak sabar kita sanggup bayar satu juta ringgit semata-mata nak upah ejen secure tender dan sebagainya.

Kita tahu ini salah tapi kita merasakan macam Allah swt dah tetapkan rezeki itu untuk kita nak bagi tu bagi sahajalah. Bukan begitu?

Tak betul cara tadi. Lebih baik secure tender dengan melalui prosedur biasa.

Terpulang pada Allah nak memberi atau tidak.

Jika benar ia rezeki kita hatta sampai ke lubang mulut pun makanan akan masuk.

Jika bukan rezeki pasanglah gajet terhebat masakini macam mana pun rezeki tu akan lari.Jadi jangan memaksa keadaan. Jangan memaksa rezeki atau ia akan lari apa yang dibuat tak menjadi pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *