Rahsia tips nak berjaya

Saya nak kongsikan tips yang tidak lagi menjadi rahsia buat anda jika anda ingin berjaya. Dalam hidup ini jika boleh semua orang ingin berjaya tetapi mereka tidak tahu jalan untuk menuju ke arah yang betul. Ini akan menjadikan kita hilang arah, tiada halatuju dan buntu. Paling teruk ada yang putus asa dan terpengaruh dengan bisikan syaitan dan akhirnya terundur ke belakang menjadi lebih teruk dari saat mereka baru bermula.

Oleh itu adalah penting pertama- tamanya kejayaan yang diimpikan mestilah bersandar kepada Allah swt bagi mengelakkan ia di susupi oleh jarum- jarum iblis. Contohnya jika mahu kaya – mengapa? Tujuannya mesti di rasionalisasikan dengan agama. Kaya kerana mahu bersedekah, kaya kerana mahu menunaikan haji dan umrah, kaya biarlah kerana Allah swt dan menjadikan target anda jelas dan bermakna!

Setiap langkah dalam menuju kejayaan itu juga mesti juga di sandarkan kepada Allah swt. Berapa ramai orang yang mewah dan senang itu mengaku bahawa kejayaannya adalah hasil dari kerja tangan dan usaha dia semata tanpa memberi kredit kepada Allah swt. Ibaratnya seperti tidak mengaku Allah swt yang telah membei dia rezeki. Kita jngan begini. Bersyukurlah kepada Allah swt.

Kemudian dalam banyaknya aktiviti atau strategi kita dalam merancang untuk mencapai kejayaan hendaklah anda jangan sekali lupa dengan grand agenda yang anda telah gariskan. Anda boleh ada pelbagai multi stream strategi yang mungkin on dan off sekali sekala tapi jangan sekali lupa tentang satu strategi jangka panjang yang anda akan pegang sampai bila- bila.

Dengan kata lain, kita mesti FOKUS dengan apa yang kita rancang untuk mendapat apa yang kita mahukan.

Mahu berjaya? Klik sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *