Rahsia buka pintu rezeki paling asas memang rugi kalau korang tak nak ambil tahu

Ini adalah asas pintu rezeki. Konsep rezeki ini adalah berdasarkan kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

Semua orang mahu rezeki cuma bukan semua orang sanggup nak buat perkara yang buka pintu rezeki. Kebanyakan kita menganggap usahalah yang mendatangkan rezeki. Seeloknya janganlah membandingkan dengan rezeki bukan Islam. Mereka tidak solat tetap dapat rezeki. Jangan samakan.

Orang Islam tidak solat, rezekinya akan lari. Berbalik kepada pintu rezeki. Semua nikmat adalah rezeki. Terbuka jalan kepada penyelesaian masalah juga rezeki. Rezeki banyak juga tidak akan cukup-cukup. Apa yang kita perlukan adalah agar Allah mencukupkan rezeki kita. Kita mahukan rezeki yang barokah.

Kembalilah kepada asas. Back to basic! Mahu buka pintu rezeki mulakan hari kita di awal pagi lagi. Mula-mula mesti sanggup solat tahajjud setiap hari. Selepas tahajjud, lakukan solat fajar atau solat sunat qobliyah subuh. Kemudian, solat berjemaah subuh di surau atau masjid.

Selepas keluar rumah sebelum zohor jalankanlah solat sunat dhuha.

Mulakanlah di awal pagi. Awalan yang permulaannya excellent pasti menjanjikan rezeki yang lancar dan berkat buat anda pada hari itu!

Mahu rezeki elok tanpa tergendala, ulangi langkah-langkah di atas setiap hari. Sagu tak akan dapat jika tak dipecahkan ruyungnya.

Berusahalah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *