Promosikan khidmat anda dengan pemasaran internet


Pemasaran internet patut diambil sebagai salah satu strategi pemasaran yang penting. Tidak kisah samada anda menawarkan produk fizikal, produk digital, perkhidmatan seperti penyenggaraan, pembaikian, bengkel motor, bengkel kereta dan sebagainya internet boleh membantu mempromosikan perniagaan anda dengan menjangkau jauh dari lokasi yang anda sedang berada.

Dalam kes saya, mempromosikan bengkel kereta kepunyaan adik melalui jalan yang agar sukar pada mulanya. Niat membantu hampir menemui jalan buntu kerana lokasi bengkel yang kurang strategik. Pelik. Lokasinya di tepi jalan yang sibuk dengan kereta yang lalu lalang dikatakan kurang strategik dan sangat kurang pelanggan yang singgah.

Apa faktor-faktor yang menjadikannya sedemikian?

1. Bengkel ini baru dan orang belum kenal

2. Terdapat beberapa bengkel kereta yang berderetan di jalan yang sama

Waktu itu sudah ada blog. Namun pelawat masih rendah dan belum tentu mereka mahu datang ke bengkel walaupun ramai yang bertanya di ruangan komen blog.

Kemudian saya buka fanpage. Semua post di blog saya post kembali di fanpage. Klik ‘like’ bertambah sedikit demi sedikit. Cara ini dibuat tanpa guna modal pun dan hanya bekalkan kesabaran. Sehinggalah klik ‘like’ fanpage sekarang dah mencapai 1000 lebih dan trafik blog pula 500 sehari (trafik yang targeted terhadap niche untuk kereta Wira) baru nampak ada pelanggan yang dari pelawat blog dan facebook mula datang ke bengkel adik yang tak terkenal tu.

Saya merasa puas dengan usaha tersebut dan adik pun dah dapat sesuaikan diri untuk buat post pada fanpage facebook dengan update perkembangan dan job terkini.

Dari pengalaman inilah saya berpendapat sememangnya pemasaran internet penting untuk mempelbagaikan pasaran. Satu lagi kuantiti memain peranan dengan usaha secara berterusan dan dapatkan trafik dan ‘like’ sebanyak mungkin. Selepas itu, baru hasil akan mula nampak.

Klik sini —> Nak pasarkan khidmat anda dengan pemasaran internet?

Have any Question or Comment?

2 comments on “Promosikan khidmat anda dengan pemasaran internet

Wow. Do you have any idea about any engine mods and the suossneipn setup of the 1.6 Wira?KY: sorry to dissapoint, I don’t know much about those stuff, just a noob here. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com