Promosikan bisnes dengan betul dan mula je dengan apa yang ada dalam tangan

Cakap pasal bisnes je mesti nak sentuh topik modal.

Sebenarnya untuk permulaan tak ada pun tak apa.

Cuba bayangkan anda nak jual barang terpakai.

Perlu keluar modal ke?

Kalau jual produk kecantikan hatta pun produk boleh dapat dari dropship.

Itu citer produk.

Sekarang citer promosi pulak.

Nak buka kedai ke?

Nak dok dalam ekon ke?

Nak ngadap komputer canggih manggih baru boleh buat bisnes.

Tak jugak.

Gunalah android yang sedia ada tu.

Daripada asyik habiskan data scroll newsfeed FB,

Lagi baik update status baik punya promosi produk.

Janganlah jual, jual, saya ada jual bedak sejuk…tapi…

Update status cerita, cerita, cerita kelebihan produk anda.

Bila dah terasa lengkap info tu sekali sekala tanyala ada minat tak produk saya ni.

Sekali sekala buat dia jadi viral biar ramai orang like.

Tengok apa kesan viral.

Teruja nak mula promosi di FB?

Psssttt …. ingat! Bila baru nak mula jual produk tu try la dulu cara yang percuma dulu.

Bila dah ada sale, barulah rolling untung untuk buat modal dan pengiklanan.

Modal yang utama bila buat promosi ni ialah proses nak mengayat pelanggan.

Setengah peniaga dia tiada modal nak update status.

Atau lepas update satu dua status beberapa hari dan kehabisan modal nak update status.

Tak tahu apa nak tulis.

Tak tahu apa nak update.

Habis modal lah tu namanya.

Haaa…tang tu lah kat situ modal diperlukan.

Modal apa?

Modal ayat promosi.

Mana nak cari modal ayat promosi?

Tengok seller lain punya ayat.

Copy ubahsuai dan paste semula.

Dengan kata lain recycle.

Modal lain yang boleh dicari adalah dengan tambahkan ilmu ayat promosi.

Ayat copywriting orang kata.

Jangan kata modal air liur ye.

Tapi air liur yang berharga.

Ada seller yang peroleh profit berjuta sebab dia mahir copywriting.

Nampak macam modal air liur je tapi yang penting ialah ilmunya tu.

Sebab tak emua orang ada modal nak menulis ayat promosi kan.

Selalunya termenung jenuh nak fikir ayat promosi.

Sebab?

Takde modal nak tulis.

Nak modal ayat promosi?

Klik sini ketahui formula ayat promosi yang POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *