Promosi berjaya hanya apabila dibuat secara konsisten

Ramai yang tersilap bila ingat dengan sekali promosi kita boleh terus boleh berjaya jual produk atau servis.

Tapi bukan macam tu sebenarnya konsep promosi ni.

Dia kena buat selalu supaya orang ingat kita.

Tapi bukan maksudnya tiap kali nak jual, jual dan jual.

Promosi kena selalu tapi yang menjual tu sekali sekala agar orang tak meluat.

Dan selebihnya ialah cerita, sharing dan menonjolkan diri serta branding agar orang akan ingat kita selalu.

Minat nak tips macam nie?

Nak faham konsep promosi ni ialah dengan tengok tv.

Ingat tak dulu-dulu kita tengok tv tak banyak iklan.

Tengok drama atau movie memang puas sebab dia non stop.

Iklan mungkin ada tapi dia tak banyak.

Sekarang?

Kejap-kejap iklan, kejap-kejap iklan.

Sebabnya persaingan yang semakin banyak, semakin banyak masa diperlukan untuk mengingatkan prospek tentang keujudan sesuatu produk atau servis.

Di tv itu dia tak menjual, cuma mengingatkan.

So bila kita berjalan di shopping mall atau di kedai ternampak produk itu maka kita akan teringat kembali dan baru membeli.

Jadi iklan itu tak semstinya menjual tetapi perkenalkan, mengingatkan dan sekali sekala baru menjual. Pada masa-masa special mungkin adakan diskaun.

Harapnya anda dapat faham konsep promosi supaya anda tidak mudah putus asa dan boring buat pemasaran apabila anda kerap menjual tetapi tidak menarik perhatian malah orang skip pula post anda di facebook.

Nak tahu teknik promosi yang betul?

Klik sini —> Promosi konsisten, bukan jual memanjang

2 thoughts on “Promosi berjaya hanya apabila dibuat secara konsisten”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *