Potong Gaji Penjawat Awam Berhutang PTPTN Mulai September 2015

Langkah pemotongan gaji mungkin nampak agak kejam namun inilah satu=satunya cara untuk mendisiplinkan semua orang untuk bayar hutang. Jangan dipelihara dan dibesarkan hutang. Lebih baik susah dahulu agar kelak pada masa depan anda ada wang untuk survival kehidupan. Kita pasti rasa sedih jika anak-anak kecil yang ada sekarang bila besar mewarisi hutang mak bapa mereka. Sedih.

PUTRAJAYA, 6 Julai – Penjawat awam akan dikenakan pemotongan gaji wajib untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata inisiatif ini akan bermula membabitkan seramai 480 pegawai dan kakitangan yang telah pun dimaklumkan melalui surat rasmi daripada jabatan tersebut.

“Kami sudah kenal pasti 480 orang peminjam dan telah mengarahkan pegawai-pegawai PTPTN menguruskan pembayaran mengikut kemampuan mereka,”katanya.

Beliau berkata semua peminjam PTPTN dalam perkhidmatan awam juga sudah dikenal pasti dan nama-nama mereka akan dikemukakan secara rasmi kepada semua Ketua Setiausaha kementerian pada Jumaat.

“ Setelah nama-nama itu dikemukakan, setiap kementerian akan menjalankan sesi kaunseling untuk peminjam bersama PTPTN bagi membincangkan tentang pemotongan, “ tambah beliau.

Sumber: http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=7759

Satu lagi pemikiran mind set banyak orang yang makan gaji ialah hanya mengharap semata-mata kepada gaji. Korang mestilah membuka minda ke arah pemikian yang lebih fleksibel. Cuba cari jalan lain selain makan gaji untuk melunaskan hutang-hutang yang tertunggak. Ada banyak peluang diluar sana yang kita boleh terokai cuma yang penting kurangkan risiko dengan membuat penyelidikan dan survey. Pilih cara-cara yang terbukti telah berjaya.

Klik sini —-> Cara setelkan hutang PTPTN yang anda belum tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *