Potensi hartanah lelong bank

Hari tu termenonton satu forum kat TV.

 

Forum berkenaan selok-belok bagaimana nak beli rumah lelong.

 

Saya setuju dengan bisnes atau pelaburan hartanah lelong berbanding pelaburan hartanah biasa.

Apa bezanya?

 

Hartanah lelong maksudnya hartanah yang diambil alih oleh pihak pihak bank kerana pembeli asal tidak mampu untuk melangsaikan ansuran bulanan. Apabila kita membeli rumah lelong dengan secara tidak langsung kita membantu aset ini di pindah milik dari orang yang kurang mampu.

 

Manakala hartanah biasa contoh rumah yang baru naik. Sebelum launch projek harga rumah agak rendah. Pada masa ini ada pembeli berduit yang menangguk di air keruh membeli rumah ini dengan niat untuk di jual semula setelah harganya tinggi selepas projek di launch secara rasmi. Pembeli ini tidak ada niat pun untuk duduk di rumah yang di belinya. Jadinya pembeli hanya berniat untuk mengaut untung yang diperolehi dari kenaikan harga hartanah tersebut.

 

Saya juga ada kawan yang membeli rumah lelong. Pada masa orang lain sibuk membeli rumah baru dengan harga pasaran, kawan ni pula memang dah target beli rumah lelong sebab dia tahu dapat berjimat banyak berbanding jika beli rumah baru. Dulu saya tak nampak perkara macam ni tapi bagi anda yang masih belum beli rumah atau berhasrat untuk membeli rumah lain dengan bajet di bawah harga pasaran, hartanah lelong adalah jawapannya.

 

Berbalik kepada forum hartanah yang saya cerita tadi, ada satu masalah apabila deal dengan hartanah lelong ini. Iaitu kita jangan sesekali terpedaya dengan ulat-ulat hartanah lelong sewaktu sesi lelong bank. Ini bagi mengelakkan kita di tipu hidup-hidup. Tujuan kita nak beli hartanah lelong adalah kerana nak dapat hartanah murah namun jika kita terjebak dengan ulat hartanah lelong, silap-silap harga beli kita akan jadi lebih mahal dari harga pasaran pulak.

 

Jadi sila hati-hati.

 

Kita mesti tahu trik dan tips bagaimana nak perolehi hartanah lelong tanpa ditipu oleh ulat-ulat hartanah yang nak ambil kesempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 668 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*