Petua ubati keracunan makanan paling best

Rasanya ini kali kedua saya menulis untuk topik ini sebabnya baru-baru ni hampir-hampir keracunan nak jadi semakin teruk tapi teringat tips lama.

Asalnya kerana ada beli kentang goreng cheezy wedges yang sedap tu.

Makan tak habis simpan dalam peti sejuk.

Esoknya teringin pula bukan sebab mengidam ke apa tapi nak perabih makanan daripada terbuang kan.

Ingatkan makanan bergoreng pun bukannya daging masak kuah ke apa.

Daging memanglah banyak mikrob bila kita masak tak mati semuanya dan masih ada.

Jadi bila kita simpan mikrob tertinggal akan biak semula.

Makan daging sejuk tanpa panaskan semula memang menempah bala kata orang tu.

Tapi yang kentang goreng ni saya konfiden sebab dia deep fry. Ingatkan selamat.

Memang selamat.

Sakit perut datang waktu malam masa tengah tidur.’

Rasa perut ni macam gena gerudi.

Dia punya sakit bukan memanjang tapi sekejap datang sekejap pergi.

Dua tiga kali juga terbagun malam sebab rasa azab kat perut.

Tidur punya pasal layan lena balik.

Bila dan berulang sakit beru teringat siang tadi makan apa.

Makan makanan straight from peti sejuk tanpa panaskan pun.

Bila dah teringat baru terdetik sakit perut ni macam simptom keracunan makanan.

Apalagi takut sakit memulas makin jadi teruk saya bingkas bangun terus telan 7 biji kapsul.

Saya pernah tulis dulu saya hanya guna remedi semulajadi sahaja.

Ianya cuma lah makan sunnah tapi sangat berkesan.

Kalau dulu saya beli habbatus sauda jadi makanlah kapsul habbatus sauda dalam bilangan ganjil 3 atau 5.

Tapi kali ini rasanya lebih sakit perut ni lain macam so saya terus telah 5 biji kapsul lepas tu nak konfiden lagi tambah 2 kapsul jumlahnya 7.

Kali ini yang ada habbatus sauda + minyak zaiton ok lah.

Alhamdulillah memang berkesan lepas bangun tidur dah tak sakit perut. Rasa gerudi dalam perut dah hilang.

Saya suka kongsi tips ini sebab kita tak perlukan bahan kimia untuk jaga kesihatan badan melainkan guna bahan yang alami dan semulajadi sahaja.

In shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *