Petua hilangkan batuk kahak yang mujarab yang mungkin korang pun dah tahu

Semenjak dua menjak cuaca panas ni aku memang dapat batuk-batuk. Batuk ni bukan batuk biasa tapi datang dalam pakej 3 serangkai. Batuk, demam dan pening kepala dicampur dengan kahak lagi.

Yang hairannya bila jumpa doktor dia kata tak ada apa-apa ni bagi ubat biasa-biasa je. MC? Harini incik datang sudah lewat petang, esok datang balik tengok demam lagi atau tak, masa tu baru boleh bagitau nak bagi MC atau tak (pulak).

Tak puashati esok aku jumpa doktor klinik lain pulak. Cek punya cek, tonsil dah merah. Doktor kata infection lagipun dah demam kan infection latu. Dapat antibiotik. Walaupun jumpa doktor dah tengahari doktor offer nak MC. Ok, boleh.

So lepas makan ubat dari kedua-dua klinik, habis dah semuanya. Tapi batuk aku tak juga surut-surut. Paling jelas kahak banyak, putih kuning hijau semua ada. Ok takpelah sebab dah banyak makan ubat klinik ingat nak bagi badan sembuh sendiri.

Tapi nampak gaya tak boleh tahan, malam-malam batuk kahak asik ulang alik sinki toilet buang kahak.

Ok try ubat semulajadi pulak. Terfikir habbatus sauda. Pi kedai tanya ada ke habbatus sauda ni. Orang jaga kedia tanya incik batuk ke, elok incik ambil madu. Caranya ambil madu tanpa campur air sikit-sikit berterusan apabila tekak gatal. Madu ni incik boleh tarik kahak.

KOMIK RAYA YANG TERHANGAT!

Ok jugak try sebab ingat dulu madu ni bancuh dengan air pi minum. La ni try lain metod skit.

Sip by sip (orang putih kata).

Tengok macamana baru try harini.

Nanti update.

Ok time to update balik.

Madu macam tak kesan sangat. Orang kata madu sekarang tak boleh janji sangat sebab banyak gula. Madu asli dia tak letak gula. Jadi jangan terkejut kata hadis Nabi saw sunnah dan sebagainyalah tapi bila makan tak ada apa. Betul sembuh itu di tangan Allah tapi kita perlu berusaha.

Jadi jika nak amal madu carilah yang betul-betul ori. Bagaimana nak pastikan? Sekarang ramai yang dah bela sendiri. Ada juga yang benarkan kita ambil madu sendiri di sarangnya. Ini yang terbaik kerana kita mahu pastikan tiada unsur lain selain pati madu tidak dimasukkan sekali.

Dulu aku pernah try ginseng Korea lambat sikit kerana ianya herba semulajadi dalam bentuk gula-gula. Jenuh nak habiskan satu balang gula-gula baharulah sembuh.

Zaman dah berubah cuaca pun merubah tak menentu sebabkan penyakit yang datang semakin pelik. Jadi perlu cuba banyak jenis remedi bagi memastikan kesihatan kita sentiasa baik agar dapat jalankan ibadah dengan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *