Petua elak penat

Anda selalu sangat penat?

Sampai rasa tak cukup tanah nak pijak.

Tak cukup udara nak bernafas.

Rasa masa 24 jam sehari tak cukup.

Sentiasa heran kenapa orang lain tak penat.

Masih berasa penat walaupun dah telan vitamin?

Penat juga legi walaupun dah minum tongkat ali atau kacip fatimah?

Masih mengah walaupun dah teguk 100 plus atau Gatorade?

Anda mungkin lupa dan hanya ingat pada faktor fizikal sahaja.

Mohonlah pada Allah swt agar anda tak penat.

Pernah cuba tak?

Sebenarnya mudah sahaja.

Zikirlah setiap habis solat.

Zikir subhanallah 33 kali.

Zikir alhamdulillah 33 kali.

Zikir Allahuakbar 33 kali dan cukupkan hingga 100 kali zikir.

Lepas solat jangan bangun.

Terus zikir istiqamah zikir selepas tiap kali 5 waktu solat.

Tambah lagi.

Zikir waktu sebelum tidur.

Ramai yang tak ambil kisah amalan ini.

Lepas solat terus bangun kononnya sibuk sangat.

Banyak kerja.

Atau lepas solat terus doa tanpa zikir.

Kita selalu ambil remeh.

Sebenarnya setiap amalan itu ada fadilat dan kelebihannya.

Jangan kata lepas ini kata saya dah buat tak ada kesan pun.

Berapa kali dah buat?

Mesti dibuat setiap kali dan secara berterusan.

Istiqamah.

Jangan anggap kita buat kerana suruhan Allah swt.

Allah swt tak perlukan itu semua untuk Allah swt terus relevan.

Sebenarnya kitalah yang perlukan Allah swt.

Setiap amalan itu ada kesannya pada kehidupan seharian kita.

Amalan ini mampu mengekalkan stamina anda.

In shaa Allah dengan izin Allah.

Tak percaya?

Buat dan amalkan terus!

petua elak penat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*