Petua atasi halangan dalam hidup

Dalam hidup ada ujian.

Itu adalah ketetapan.

Manusia itu hamba. Allah swt itu Tuhan.

Kita mesti akur.

Namun kita tidak boleh jadikan alasan yang ujian itu sebagai halangan.

Itu dah jadi fikiran negatif.

Tukarkan fikiran anda kepada positif pula.

Bagaimana?

Ujian jika kita sabar dapat pahala.

Ujian jika kita mengeluh dan marah akan menghapuskan pahala kita.

Jadi untuk tetap positif pada ujian yang datang, kita kena tetap sabar dan kita dapat pahala.

Jika susah juga maka kita perlu solat sunat atau tahajjud mohon pertolongan Allah swt untuk angkat halangan itu dari mengganggu kehidupan kita.

Dengan kita serahkan ujian itu semula pada Allah swt bermakna kita memohon agar Allah swt mengatur kehidupan kita semula mengikut kesesuaian yang sepatutnya dan bukan mengikut kehendak kita semata-mata.

Mengadu pada Allah swt mohon izinNya agar Allah swt memudahkan urusan kita.

Ujian ini bukan semuanya tidak elok bahkan ia elok untuk kita.

Kenapa?

Kerana sebelum ini kita rasa tidak perlu pertolongan Allah swt mengatur kehidupan seharian.

Kita tahu Allah swt ada tapi hakikatnya dalam kehidupan seharian kita lupa minta izin dari Allah swt dalam menjalankan kehidupan seharian.

Kita menganggap kita sendirilah yang aturkan kehidupan kita tanpa memikirkan semuanya itu adalah dengan izin Allah swt jua.

Jadi pada masa kita alpa ini Allah swt turunkan ujian yang kita anggap halangan tadi.

Sebenarnya ia adalah peringatan dari Allah swt agar kita kembali kepada Allah swt.

Maknanya Allah swt sayang akan kita dan ingin kita kembali padaNya.

Pada orang yang tidak ditimpa ujian maknanya Allah swt tidak hiraukan dia.

Jadi fikir-fikirkan.

In shaa Allah.

Mahu petua leraikan halangan dalam hidup? Klik sini!

p.s. amalkan zikir astaghfirullahal’azim berterusan jangan lekang dari lidah anda sekiranya mengalami halangan bertimpa-timpa in shaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *