Perodua Aruz 2019 – gambar, harga dan spesifikasi penuh varian X, AV

Akhirnya, tiada lagi teka-teki. Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Perodua hari ini telah memperkenalkan secara rasmi model SUV terbaru keluarannya, Aruz.

Harga jualannya juga sudah disahkan. Bermula dari RM72,900 bagi Aruz 1.5 X hinggalah kepada yang paling tinggi, RM77,900 untuk varian Aruz 1.5 AV (atas jalan tanpa insurans). Aruz juga menerima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang, dan datang dengan jaminan yang meliputi 150,000 km perbatuan.

Perkara yang lebih menarik untuk dilihat ialah, apa sebenarnya perbezaan spesifikasi antara kedua-dua varian berkenaan? Apa yang lebih dan apa yang kurang di antara kedua-duanya? Jadi, untuk menjawab pertanyaan tersebut, berikut kami sertakan senarai kelengkapan penuh bagi kedua-dua varian Aruz X dan AV untuk memudahkan anda. Mana satu yang lebih sesuai untuk anda?

Sumber: Paul Tan’s Automotive News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *