Perlu ke potong gaji bayar hutang PTPTN penjawat awam?

Sudah terang lagi bersuluh, penjawat awam memang tidak boleh lari kerana semua gaji mereka ada dalam sistem akauntan negara. Sepatutnya apabila diberi peluang untuk bayar ansuran tidak perlulah berdolak dan melambatkan bayaran kerana suatu hari nanti pasti akan dipotong juga jika bayaran tidak dilunaskan mengikut jadual.

PUTRAJAYA: Semua penjawat awam diwajibkan membuat potongan gaji bagi membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal, berkata surat arahan potongan gaji kakitangan awam akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu majlis perjumpaan Jumaat ini. Jelasnya, perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai kadar bayaran serta menyerahkan senarai nama peminjam kakitangan awam di setiap kementerian dan negeri.

“Buat permulaan seramai 480 kakitangan awam di bawah JPA akan membuat potongan gaji bermula September ini. “Langkah itu sebagai tanggungjawab serta menjamin integriti kakitangan awam di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas program Sesi Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pegawai Jabatan perkhidmatan Awam di sini, hari ini.

Sumber berita dari : http://www.bharian.com.my/node/66148

Mungkin ada yang memberi alasan gaji tidak cukup dan sebagainya namun semua orang yang berhutang mesti ada inisiatif untuk melangsaikan hutang-masing. Tidak bayar banyak cubalah dengan mula membayar berdikit-dikit. Jangan tangguh atau langsung tidak bayar kerana hutang ini akan menjerat diri sendiri sehingga ke mati. Tidak manis jika hutang kita wariskan ke anak cucu. Kesian mereka. Adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menguatkan ekonomi keluarga menjadi kukuh agar menjadi bebas hutang.

PTPTN anda masih tertangguh? Pasti ada jalan untuk selesaikannya.

p.s. lagi satu persoalan, penjawat swasta camner pulak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *