Perbetul mindset bila menjual di personal profile facebook


Mindset antara menjual dengan engagement? Apa maksudnya? Mana satu yang nak didahulukan?

Nak bagi view berkenaan engagement dulu.

Apabila kita ada satu produk atau servis, apa yang sepatutnya kita fikir ialah adakah aku punya produk atau servis ini ada orang yang nak guna tak? Bolehkah memberi manfaat pada orang lain? Jika ya, maksudnya akan ada orang yang akan membayar untuk menggunakan produk atau servis kita.

Atau kita patut bertanya, ‘Siapa yang ada masalah yang boleh diselesaikan dengan produk atau servis saya?’ Jika ada, ya in shaa Allah akan ada yang sanggup bayar upahnya.

Untuk bertanya sebegitu atau dengan kata lain, untuk buat survey kita perlu bertanya. Kita perlu engage dengan audien wall fb kita. Perlu ada interaksi.yang sihat.

Selepas bertanya dan dapat feedback, kemudian kita boleh sambung cerita yang berkaitan contohnya dari feedback kita buat kesimpulan produk atau servis kita boleh selesaikan masalah ini tetapi masalah yang itu perlu dapatkan penyelesaian yang lain dimana kita bagitau ada produk yang spesel untuk itu.

Jadi semua promosi yang dibuat adalah indirect menjual dan lebih kepada nak bantu audien kenalpasti solusi pada masalah mereka. Purely truly wanna help.

Berbanding dengan view menjual, targetnya ialah keuntungan.

Dalam fikiran kita nak jual untuk dapatkan duit untuk menyara hidup sendiri. Betul juga tapi belum cukup murni untuk dijadikan tujuan hidup kita. Target sebegini selalunya perjalanannya sukar dan berliku. Tiada ketenangan. Apatah lagi jika menjual di personal profile facebook.

Kawan-kawan akan ‘lari’ dan kita akan berasa keseorangan kecuali kawan yang ‘kenal’ akan kita. Kawan-kawan baru fb yang baru nak berjinak akan senyap terus. Akan ada satu dua yang like tapi terasa macam tak ada kawan.

Setiap kali update status kita beritahu kita nak jual itu ini, harganya begitu begini. Semua info kita beritahu tapi macam takde yang berminat.

Lagi satu tiada keseronokan dan tiada excitement yang akan membuatkan kita bertahan lama dalam meneruskan promosi sebegini. In between, engagement ke mana, benefit untuk kastemer pun ke mana, dalam fikiran cuma nak jual jual jual akan kelamaan anda pasti akan rasa tense.

Kembali kepada mindset antara menjual dengan engagement, di personal profile facebook adalah lebih molek jika kita buat engagement dengan audien. Lebih seronok dan teruja serta bisnes kita teras hidup dan live.

Dan apabila kita decide nak guna teknik menjual maka seeloknya buat di page atau grup dimana disana kita tetang-terang beriklan nak menjual.

Topik ini diulas lebih lanjut jika anda terlebih rajin dan minat nak tahu bagaimana psikologi menjual ini sebenarnya. Boleh baca disini.

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com