Pemasaran tadika dengan menekankan lokasi premis anda

  1. 10 Template Iklan FB Profile/FB Group/Instagram Post – Berdasarkan case study client jana 5 angka
  2. 20 Template Iklan Cari Ejen Pengedar – Berdasarkan eksperimen 15K iklan selama 2 tahun
  3. 20 Template Iklan Cari Ejen Dropship – Berdasarkan eksperimen 15K iklan selama 2 tahun

Saya menerima banyak juga carian berkenaan cara pemasaran tadika melalui laman web ini. Pada pendapat saya cara untuk memasarkan khidmat tadika perlu meliputi beberapa aspek:

1. Lokasi

Ibubapa yang nak menghantar anak selalunya akan memikirkan tentang lokasi samada ianya berdekatan dengan rumah, berdekatan dengan tempat kerja, on the way dalam perjalanan ke pejabat dan pelbagai sebab musabab lagi yang hanya ibubapa sahaja yang tahu.

2. Reputasi servis

Ibubapa pasti akan mencari testimoni testimoni yang menggambarkan khidmat tadika ini di internet. Mereka akan ke forum forum dan membaca diskusi ibubapa lain di internet. Tentunya reputasi yang baik akan banyak membantu berbanding dengan banyaknya komplen yang tidak disenangi.

3. Harga

Harga bulanan yang perlu dibayar adakalanya memain peranan khasnya bagi ibubapa yang kurang berkemampuan dan meletakkan bajet yang tertentu sahaja untuk memilih tadika yang bersesuaian.

4. Kepakaran khusus

Kebanyakan tadika akan memperkenalkan program-program yang unik yang dikatakan boleh membantu anak-anak belajar dengan lebih cekap dan cepat. Kepakaran inilah yang akan dijadikan trademark bagi setiap tadika untuk menarik perhatian ibubapa untuk menghantar anak mereka. Ia boleh dijadikan bonus point bagi menguatkan pemasaran tadika tersebut berbanding tadika yang tidak menawarkan apa apa program dan menjadikan ia seperti tadika yang biasa biasa sahaja.

Namun, walau apa pun sebabnya – akhirnya ibubapa akan memilih tadika yang bersesuaian dengan kehendak dan secara berpatutan mengikut kemampuan masing-masing. Pihak tadika hanya buat yang terbaik biar ibubapa yang memilih.

Sekiranya pengusaha tadika inginkan agar tadikanya boleh di cari melalui internet oleh ibubapa yang nak hantar anak, mereka perlu buat pemasaran tadika secara betul.

Untuk anda promosi pula tadika anda ianya adalah berkenaan lokasi dimana Google+Local, Google Maps dan Google Places Local memainkan peranan.

Apakah Google+ Local, Google Maps dan Google Places Local?

Perkhidmatan percuma dari Google ini beroperasi dengan meletakkan perniagaan lokal di ranking utama enjin carian mereka untuk bandar @ negeri anda.

Maklumat syarikat anda seperti alamat, nombor telefon dan link laman web anda akan dipaparkan beserta peta lokasi perniagaan anda.

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Listing Perniagaan Google Local?

Ini kerana listing anda akan terpampang di carian secara lokal.

Ia juga merupakan satu bentuk promosi yang sangat berkuasa tinggi dan semestinya PERCUMA!

Ia adalah satu strategi yang sangat bagus untuk mempromosikan perniagaan anda dan mempromosikan promosi terkini perniagaan anda.

Malah, peta perniagaan anda juga akan terpampang didalam telefon pintar seperti iPhone, iPad, Blackberry, Galaxy Tab dsb.

Jika anda masih tidak mempunyai listing Google Local, pesaing anda akan melakukannya dan akan melangkaui anda

Kenapa Carian Secara Lokal Sangat Penting?

Ini kerana pelanggan @ prospek tidak kira taraf kehidupan sedang beralih kepada Internet dan telefon pintar mereka untuk mencari perniagaan yang menawarkan produk @ perkhidmatan di kawasan lokal mereka.

Adakah Senang Untuk Membina Listing Google Local Untuk Perniagaan Saya?

Sememangnya untuk membina listing Google Local memang senang, namun untuk mempunyai sebuah laman web yang mampu untuk rangking tinggi didalam rangking Google memerlukan latihan dan strategi untuk menguasainya.

Setiap pasaran, sektor dan industri sememangnya unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk pemasaran. Sebab itulah, pelajari bagaimana untuk menguasai Google Local dari PAKAR adalah pendekatan yang paling bijak untuk anda.

Apabila segalanya sudah siap tersedia, anda dijamin mencapai page 1 enjin carian Google.

Semestinya apabila prospek anda membuat carian untuk produk @ perkhidmatan anda, mereka akan terus menemui laman web perniagaan anda.

Apa Yang Saya Perlukan Untuk Bermula?

Teknik SEO Lokal akan membantu perniagaan restoran anda untuk menjadi juara didalam enjin carian Google dan mengatasi pesaing-pesaing anda walaupun brand mereka lebih besar dari anda. Teknik ini amat mudah hanya dengan Google beberapa info anda sudah boleh membuatnya secara sendiri sahaja.

Dimana Listing Google Local Saya Akan Dipaparkan?

Dengan SEO Lokal, listing anda dijamin dipaparkan di page 1 carian Google secara lokal dan disertakan dengan alamat perniagaan anda, nombor telefon anda dan peta lokasi perniagaan anda. (Jika pelanggan mencari dari telefon pintar mereka, mereka juga akan menerima maklumat yang jelas mengenai maklumat perniagaan anda).

Apakah Yang Terdapat Didalam Listing?

– Nama Syarikat @ Perniagaan anda, alamat dan nombor telefon beserta email dan link laman web perniagaan anda.

– Maklumat perniagaan, produk @ perkhidmatan yang telah anda masukkan didalam borang listing sebelum ini.

– Sebarang diskaun, promosi dan special offer yang anda tawarkan

– Review Pelanggan

– Gambar dan video perniagaan anda

– Peta yang jelas beserta bendera marker yang menunjukkan lokasi perniagaan anda.

Gunakan SEO Lokal untuk memastikan perniagaan anda melintas kesemua pesaing-pesaing perniagaan lokal anda sekarang!

Untuk menambahkan lagi kekuatan promosi bisnes anda, copywriting adalah satu lagi cabang pengiklanan yang amat penting. Dengan copywriting pelanggan tidak akan jemu malah akan sentiasa menantikan update bisnes anda yang terkini.

Ia adalah amat kritikal bagi menunjukkan kehadiran bisnes anda di mata umum sepanjang masa 24/7 ibarat bangun bola, tidur bola, mimpi bola, mandi pun bola. Dengan copywriting yang versatile dan bersahaja bisnes anda di pandang segar, evergreen, ceria dan sentiasa siap sedia memberi khidmat yang terbaik dan pantas.

Klik sini —> Marketkan perniagaan tadika anda dengan lebih berkesan

cara promosi tadika

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 676 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*