Peluang berniaga borong barang China online kecil-kecilan

Nak mula bisnes tapi tak tahu?

Untuk mula bisnes mesti ada beberapa step.

Ini perkara asas yang semua orang mesti tau.

Nak mula tak semestinya besar.

Start dengan yang kecil-kecil dulu.

Rasa boleh handel dan ada rasa potensi besar baru go next step.

Ok bila nak buat sesuatu kena tanya diri sendiri.

Kenapa nak berniaga?

Straight to the point.

Perniagaan ujud kerana ada masalah.

Banyak masalah yang perlu diselesaikan.

Masalah pelanggan.

Mungkin anda terdesak dan mengatakan untuk tambah pendapatan sebab tu berniaga.

Untuk tambah pendapatan kita perlu bekerja.

Bekerja untuk bantu orang lain selesaikan masalah dia.

Jadi tugas anda sebenarnya membekalkan keperluan pelanggan.

Perkara ini perlu jelas dalam kepala supaya nanti anda jelas mengapa perlu berniaga dan bukan semata-mata kerana wang.

Bila dah jelas mengapa perlu berniaga sekarang next step kena identify trend produk laku.

Ini supaya elak menjual barang yang tak diperlukan oleh pasaran.

Ia juga berkait dengan tujuan asal kenapa anda perlu berniaga kerana nak supply barang keperluan pengguna.

Jadi apa barang yang sangat diperlukan oleh pengguna?

Yang ini kena cari betul betul pilih betul betul.

Setelah dapat apa dia barang tu sekarang ni kena tentukan dari mana nak dapatkan barang tu.

Supplier atau pembekal mana yang boleh bekalkan produk berkualiti dan pada masa yang sama boleh bekalkan tanpa ada masalah.

Pastikan supplier tersebut boleh dipercayai serta konsisten.

Kenapa kena cerewet ye?

Sebab nanti bila anda dah syiok jual-jual pelanggan dah ramai, produk hot item tiba-tiba pembekal kata stok tak ada, lambat atau pengilang tutup.

Memang naya.

Kita yang niaga tak apa-apa.

Yang kesiannya ialah pelanggan.

Mereka mengharap.

Mereka perlukan barang.

Mereka kecewa.

Efeknya pada kita sebagai peniaga imej kita juga perlu dijaga.

Setelah kita tentukan pembekal yang dikehendaki seterusnya ialah bagaimana nak menjual.

Menjual bukan senang dan melibatkan taktik promosi yang betul.

Produk ada pembekal ada tetapi mestilah ada pelanggan yang nak beli.

Jadi meniaga ni bukan senang nak hasilkan aliran jualan pada mulanya.

Ia perlu dibina dan dibentuk.

Meniaga ini jadi seronok bila semua kombinasi produk laku, pembekal yang konsisten dipercayai dan lubuk pelanggan yang membeli kita dah jumpa dan dapat buat matching yang ngam.

Selagi kita tak dapat buat rantaian jualan ini bisnes kita payah nak jalan.

Jadi berfikirlah dengan rasional sebelum memulakan perniagaan supaya dengan aturan yang sistematik bisnes anda akan berjalan lancar.

Semua orang boleh berniaga cuma kita kena jadi peniaga yang bijak dan tidak sekadar beli jual tanpa ada strategi.

Ada seorang peniaga ni ni dia develop jalinan bisnes dia dari zero kemudian bila dan berjaya hasilkan SOP/formula yang anda juga boleh ikut.

Dengan SOP/formula ini dia senaraikan tindakan yang perlu dibuat langkah demi langkah.

Jika anda ikut akan sampailah ke hasrat berniaga yang diidam-idamkan.

Klik sini —> Ini SOP/formula untuk niaga kecil-kecilan

borong barang china

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 668 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*