Pelbagaikan medium pemasaran bagi menjamin jualan produk affiliate anda

Sewaktu saya ingin menulis post ini kerana hendak berkongsi tips di blog, tiba-tiba satu email masuk ke mailbox saya yang memberi ingatan agar para blogger memasukkan unsur bukti, testimoni atau gambar yang menunjukkan bahawa kami ini sendiri dah cuba hasilkan result.

Tips yang disertakan dalam bentuk teks yang merapu mungkin akan memberi gambaran bahawa blogger tersebut hanya mengutip artikel dari orang lain dan tidak mampu memberi hasil seperti yang tinggal hanya sebagai sebuah teori. Saya sebenarnya lebih gemar menulis untuk bercerita agar orang yang membaca akan boleh memahami dengan terperinci sebelum mengambil tidakan.

Lagipun teks yang banyak akan memberi kekuatan SEO bagi post di blog yang akan tahan selama mana tiada orang yang “mengganggu”.

Berbalik kepada tajuk blog post kali ini, pelbagaikan medium pemasaran anda bagi menjamin jualan. Dalam zaman ini di mana semua orang dah mahir berinternet dan melakukan pemasaran online, persaingan akan menjadi sangat ketat. Iklan yang kita buat barangkali tenggelam dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian beberapa strategi boleh kita amalkan:

 

1. Pelbagaikan teknik pemasaran

2. Pelbagai medium pemasaran

3. Stand out from the crowd.

4. Kerapkan posting.

 

Berdasarkan kepada bukti hasil pendapatan yang saya cuba tampilkan dalam post ini biar saya huraikan salah satu strategi pemasaran agar kita sentiasa bermotivasi apabila melakukan promosi terutamanya bila hasil yang diperolehi tidak meningkat yang akan menjadikan anda agak ‘down’.

Strategi yang saya maksudkan adalah pelbagaikan medium pemasaran anda. Seperti yang kita tahu setiap medium mempunyai audiennya yang tersendiri. Maka semua bakal pelanggan yang pelbagai ini mesti di kutip dan dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing agar mudah bagi anda untuk follow up kemudian hari.

 

Sebagai contohnya, berdasarkan hasil yang saya dapat seperti tertera dalam gambar-gambar di atas merupakan gabungan beberapa medium dan tidak mengharap kepada satu sumber sahaja. Medium yang saya guna ialah:

1. Blog

2. Fanpage Facebook

3. Email

Secara detail …nya

Pemasaran blog – Ini adalah teknik sempoi yang saya paling gemar. Trafik yang datang adalah secara organik bermaksud kerja anda sekali namun memberi pulangan berkali-kali. Kerja mula libatkan sedikit research dan kemudian penulisan artikel dengan kata kunci yang di temui semasa research tadi.

Pemasaran Fanpage Facebook – promosi disini memerlukan anda post selalu jika tak mahu guna FB ads yang berbayar. Dapatkan like dari follower yang berkualiti dengan cara posting sekerap mungkin.

Pemasaran email – kerjanya amat remeh namun jika semuanya dah setup ia menjadi mudah. Semua email pelanggan di kumpul oleh satu sistem automatik dimana kerja-kerja email follow up pelanggan di buat dengan blast emel.

Apa yang saya buat ialah mulakan promosi dengan blog dahulu sebab ianya cara promosi yang paling malas – set and forget. Selalu pantau trafik dengan semak trafik akaun affiliate. Sekiranya ada hasil itu dah cukup baik. Perhatikan seterusnya jika hasil tidak naik berbulan-bulan lamanya semak trafik, link, artikel samada semuanya ‘in place’ atau ada breakdown di mana-mana.

Sekiranya semua ok tapi hasil tak berubah maka beralihlah kepada medium seterusnya iaitu fanpage. Dan begitulah seterusnya ke teknik pemasaran emel pula. Ini adalah tiga medium yang saya guna secara rutin. Untuk menjalankan semuanya serentak anda perlukan masa dan kebiasaan. Namun bagi anda yang merasai tidak mampu maka mulalah dengan satu medium dahulu dan dikembangkan kepada yang lain satu demi satu.

pemasaran affiliate

Saya pasti anda mampu kerana saya dah rasa semua itu. Ketahui teknik ampuh pelbagaikan medium pemasaran dengan klik link di bawah:

Klik sini —–> Tips tambah pendapatan dengan Affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *