Pelaburan paling untung yang tidak akan rugi

Anda yang baca artikel pasti akan tertanya-tanya.

Nampak macam scam je.

Tapi dalam hati nak tau jugak kan.

Hati tak tenteram.

Dah tau scam tapi teringin juga nak baca.

Nak baca jugak hehe.

Bila klik dan baca baru tau apa yang cuba nak disampaikan.

Maksud yang yang disebutkan disini ialah sedekah.

Nasihat dari Syeikh Maher al’Mueaqly hafidzahullah [Imam Masjidil Haram]:

Kenapa seorang yang telah meninggal dunia memilih “BERSEDEKAH” jika ditakdirkan kembali hidup ke dunia?

Sebagaimana firman Allah:

رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ

“Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah…” {QS. Al Munafiqun: 10}

Kenapa dia tidak mengatakan,
“Maka aku dapat melaksanakan umrah” atau
“Maka aku dapat melakukan solat atau puasa” dan lain-lain?

Berkata para ulama,
Tidaklah seorang yang telah meninggal menyebutkan “sedekah” kecuali kerana dia melihat besarnya pahala dan imbas baiknya setelah dia meninggal.

Maka, perbanyaklah bersedekah, kerana seorang mukmin akan berada dibawah naungan sedekahnnya.

Allahuakbar!

Samada faham atau tak faham, nampak atau tak nampak buat je lah.

Tak nampak sekarang tak apa.

Nanti diakhirat sudah pasti pelaburan tu dah jadi berkali ganda moga dapat tampung ibadah lain yang mungkin tak sempurna.

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda,

“Setiap orang akan berada di bawah naungan sedekahnya, hingga diputuskan perkara-perkara di antara manusia.” (HR. Ahmad)

Dan, bersedekah-lah atas nama orang-orang yang sudah meninggal diantara kalian, kerana sesungguhnya mereka sangat berharap kembali ke dunia untuk boleh bersedekah dan beramal soleh, maka wujudkanlah harapan mereka.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwasanya ada seseorang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian dia mengatakan,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ibuku tiba-tiba saja meninggal dunia dan tidak sempat menyampaikan wasiat padaku. Seandainya dia ingin menyampaikan wasiat, pasti dia akan mewasiatkan agar bersedekah untuknya. Apakah Ibuku akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Iya”. (HR. Bukhari & Muslim)

Dan, biasakan, ajarkan anak-anak kalian untuk bersedekah.

Dan sedekah yang paling mudah dan cepat sekarang ini adalah dengan menyebarkan tulisan ini dengan niat sedekah.

Kerana siapa saja yang amalkan  isi tulisan ini, dan mengajarkannya untuk generasi berikutnya, maka pahala-nya akan kembali kepada anda in-shaa Allah.

Bayangkan gandaan pahalanya ibarat komisen MLM yang beranak pinak tanpa batas.

Macam itulah.

Keutamaan Sedekah.

Petikan dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki (Ust Fathuri Salehudin):

Rasullullah SAW bersabda:

“Sedekah seseorang yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan”

Sedekah yang dibuat oleh seseorang itu akan dibalas oleh ALLAH SWT dengan 4 jenis pembalasan iaitu:

1) Satu sedekah yang akan dibalas 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin

2) Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3) Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4) Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

Paling mudah sedekah ialah dengan sedekahkan Al-fatihah.

Baca Al-Quran dan sedekah pada orang tua.

Jika ada modal bolehlah sedekah dalam bentuk harta modal.

Sedekah itu tak terbatas hanya kepada kewangan tapi pelbagai.

Nak contoh lagi?

Beri laluan waktu jalan jem.

Alihkan batu atau duri dari jalan.

Tidak berebut-rebut diwaktu sesak dengan beri peluang pada orang lain dulu.

SYARAT penting jangan lupa, “NIATKAN SEDEKAH KERANA ALLAH SWT”.

Azamkan dan tanam dalam diri sedekah setiap waktu.

Pelaburan Untung Tinggi

Yakinlah rezeki itu daripada ALLAH SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *