Pasarkan produk anda 24/7 hanya dengan blog

Tentu anda tahu bahawa selagi ada elektrik dan signal, internet akan terus berjalan 24 jm sehari dan 7 hari seminggu tanpa henti. Inilah kelebihan bagi mereka yang berniaga secara online. Kedai mereka di buka sepanjang masa. Berikut saya senaraikan lagi kelebihan berniaga secara online:

1. Perniagaan secara auto pilot

Orang ramai boleh search perniagaan anda sentiasa. Segala maklumat boleh di akses melalui blog perniagaan anda. Jika anda menjual tudung misalnya, semua jenis tudung gambarnya, saiznya, warnanya dan lain-lain semuanya dah ada maklumat di sediakan di blog tersebut.

2. Komunikasi pantas

No telefon, alamat juga pastinya dah ada di sediakan di blog jika pelanggan nak menghubungi. Jika nak berhubung secara online boleh di buat melalui komen blog, email atau facebook. Letak sahaja butir-butirnya dan pelanggan boleh hubungi anda mengikut saluran yang dia suka. Biar banyak cara perhubungan di sediakan kerana lain pelanggan lain caranya yang dia suka.

3. Coverage yang luas

Internet boleh di capai di mana-mana pun samada di kawasan perumahan anda, negeri anda, semenanjung, sabah dan sarawak malah seluruh dunia. Jadi siaran blog anda tidak terhad pada satu-satu kawasan sahaja. Ianya merangkumi seluruh dunia.

4. Agen bekerja tanpa upah

Di internet anda tidak perlu bayar agen melainkan jika dia hasilkan jualan produk anda. Ini di panggil komisen. Agen boleh di cari atau memang ada orang yang kerja dia memang buat pemasaran. Macam buat sales atau salesman tetapi ini secara online. Ada agen affiliate dan ada agen dropship. Namun agen affiliate ini anda perlu ada pasang sistem affiliate dan ianya anda tracking secara otomatik. Jika anda tidak mahir cukup dengan agen dropship. Cara tracking jualan ini lebih mudah iaitu dengan cara manual sahaja. Mereka hanya di bayar komisen atas produk yang berjaya di jual sahaja dan tak perlu bayar gaji bulan.

5. Tak perlu buka mulut

Anda hanya perlu menaip untuk menjawab Q & A. Kecuali sekiranya telefon di gunakan baru anda perlu bercakap. Jika mahu menjual, blog andalah yang menjadi barisan depan menjual produk untuk anda.

6. Tak perlu sewa kedai

Hanya perlu sewa domain dan hosting yang murah sahaja. Sewa kedai lebih mahal. Nak tahu berapa murah untuk memiliki blog dengan sewa domain dan hosting bolehlah lihat di NetKL. Ianya adalah sebuah syarikat tempatan yang saya sendiri sedang guna perkhidmatan mereka. Support memang tip top dan pantas. Anda tak puashati komplen je dan mereka akan respon dengan pantas.

7. Tak perlu cawangan

Dah jelas jika internet ini worldwide maka memang tak perlu buka cawangan. Cuma anda boleh cari agen yang tinggal di kawasan yang berlainan untuk standby memberi servis sokongan. Tak perlu ada ofis di tempat lain.

Buka kedai online anda dengan buat sebuah blog. Lengkapkan maklumat perniagaan dan produk anda serta uploadkan di blog untuk tatapan pelanggan. Anda pasti teruja walau tidak berapa aktif promosi blog anda masih mampu menarik pelanggan.

Klik sini —> Pasarkan produk 24/7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *