Teknik Jual Ebook
March 25, 2012azam97rm
Saya terjumpa kata carian ‘teknik jual ebook’ sewaktu periksa dashboard wordpress saya ni dan cuma ingin korek kembali post yang telah saya buat sebelum ni. Ianya berkenaan panduan percuma yang boleh anda perolehi yang mana kandungannya amat berguna bagi anda yang berminat nak jual ebook.
Ia menerangkan serba sedikit dari langkah nak mencipta ebook sehinggalah bagaimana nak memasarkannya dengan betul. Strategi yang ampuh perlu digunakan jika ingin mendapatkan perhatian berganda dari bakal pelanggan.
Anda boleh dapatkannya dengan klik ebook di bawah.
E Book FTP
March 15, 2012azam97rm
FTP adalah perisian mudah yang boleh digunakan untuk pemindahan fail dari pc anda ke server laman web anda. Cpanel juga boleh digunakan tapi anda perlu tahu untuk gunakan modul yang mana satu. Ini kerana dalam Cpanel terdapat banyak modul yang setiap satunya mempunyai fungsi yang pelbagai. Penggunaan Cpanel adalah percuma setelah anda membayar nama domain dan sewa hosting.
Jadi FTP adalah satu pilihan jalan singkat yang boleh digunakan untuk upload file atau laman web anda ke server. Perisian FTP juga percuma dan boleh di download dari internet. Contoh FTP yang agak popular adalah Filezilla.
Bagi yang memerlukan panduan cara guna FTP, anda boleh rujuk kepada e book FTP. Dengan adanya e book ia boleh dijadikan rujukan dan disimpan dalam pc anda berbanding video-video percuma yang terdapat di Youtube hanya boleh dirujuk bila anda online sahaja.
Tutorial Cara FTP
azam97rm
Tutorial cara FTP adalah sangat banyak boleh didapati dalam bentuk video jika anda layari laman video Youtube. Saya cuba mengumpulkan seberapa banyak video yang mungkin dan embed dalam blog saya yag tidak seberapa ini. Malah semua video yang saya kumpul dalam blog ini merupakan video orang lain yang saya embed secara percuma sahaja.
Jadi sebenarnya kita tidak ada alasan untuk mengatakan tidak ada maklumat dan tidak boleh buat. Saya sendiri juga banyak belajar dari laman video Youtube untuk tutorial cara FTP untuk melihat secara praktikal cara guna FTP.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang suka tengok video. Pertama kerana kadang video tu nak load ambil masa dan lambat. Kedua, video tutorial yang dibuat terlalu panjang dan meleret menjadikan ianya bosan untuk ditonton. Ketiga, cara penyampaian yang kurang ummppph sehinggakan lepas seminit menonton kita dah masuk fasa menguap dan pelbagai alasan lagi.
Macam saya juga, walau dah tengok video percuma masih nak baca ebook jika ada perkara yang kita mudah lupa nak rujuk semula. Sebab itulah saya simpan senaskah ebook cara guna FTP.
Terpulang kepada cara masing-masing untuk memilih medium pembelajara yang sesuai bagi mereka. Yang penting kita dapat belajar dan mencapai tujuan yang dihajati dengan sempurna.
Jana Pendapatan Dengan Ebook
March 8, 2012azam97rm
Jana pendapatan dengan ebook. Tentu anda tertanya-tanya boleh ke kita menghasilkan pendapatan hanya dengan menjual ebook. Sebenarnya boleh ia bergantung kepada beberapa faktor penting:
1. Subjek info yang ingin dijual adakah ianya mempunyai demand yang tinggi
2. Kandungan info yang dijual menepati kehendak pasaran dimana ianya boleh menyelesaikan masalah setempat yang selama ini ditunggu-tunggu oleh orang ramai
3. Strategi pemasaran yang digunakan adakah ianya berkesan termasuk design ebook cover, design minisite jualan, ayat jualan yang memukau, affiliate yang mempromosi dan pelbagai lagi faktor yang perlu diambilkira.
Jika anda yakin telah menjalankan survey terdahulu sebelum memulakan projek penghasilan ebook anda, insyAllah teruskan dengan tekad anda sehingga berjaya!
Free Teknik Cara Jual Ebook
March 7, 2012azam97rm
Untuk menulis dan menjual ebook kta perlukan idea dan bahan. Yang selebihnya adalah motivasi, kajian pasaran, strategi pemasaran dan laman web. Ikut trend semasa semakin ramai yang berminat dan nampak potensi dalam penjualan ebook. Bagi membantu anda untuk mula jual ebook, anda boleh dapatkan panduan produk digital secara percuma. Namun ada syaratnya. Saya akan berikan panduan tersebut secara percuma setelah anda dapatkan panduan cara guna ftp dari link ini atau dengan klik banner FTP.

Untuk makluman anda, antara topik kandungan ebook ini termasuk:
1. Kenapa ebook – menerangkan trend industri maklumat terkini dan kelebihan-kelebihan penghasilan ebook
2. Penghasilan idea – menerangkan cara terbaik untuk mengorek idea unik bagi menghasilkan satu maklumat yang berkesan bagi penulisan ebook yang baik
3. Peta minda/rangka penulisan – menerangkan perancangan yang perlu diambil dalam membuat projek ebook agar ianya berjalan lancar
4. Pemilihan tajuk – menjelaskan cara penulisan tajuk ebook dengan cara yang betul bagi mendapatkan perhatian pembeli
5. Perisian penerbitan ebook – cara-cara convert info ke dalam bentuk ebook yang lebih tampak profesional
6. Video – salah satu option yang bagus sekiranya anda tidak betah menulis ebook
7. Minisite/laman jualan/surat jualan – menerangkan kepentingan minisite dan bagaimana teknik nak membuatnya jika ingin menjual ebook yang telah anda tulis
8. Domain & hosting – senarai penyedia domain dan hosting yang biasa dengan harga berpatutan dan boleh dipercayai termasuk panduan upload minisite jualan ebook ke hosting menggunakan filezilla





