Nak tambah income tapi malu menjual?

Sebenarnya tak perlu jual pun. Kan ada banyak iklan kata “tak perlu jual barang, tak perlu cari orang, tak perlu modal, tak perlu itu, tak perlu ini” kadang-kadang dari satu segi ada betulnya tapi banyak yang tak betul dari yang betul. Macam mana tu?

Macam ni.

Nak tambah income mestilah jual sesuatu. Barang ke, buku ke, ebook ke, software ke, cd ke. Apa-apa jelah. Janji jual something. Tapi kalau boleh dapat duit tak jual apa-apa tu diharap anda berhati-hati. Jangan tunggu, boleh terus lari. Kecuali jika anda melabur dalam skim yang sah sahaja. Pelaburan ni ada macam-macam. Nak selamat melabur melalui bank atau institusi kewangan yang sah. Jangan melabur dengan individu atau pertubuhan yang tak pasti.

Balik semula ke topik nak tambah income tapi malu menjual. Maksud saya ialah anda tak semestinya menjual macam orang kat pasar malam. Tak perlu juga menjual direct kat facebook, “Jual-jual, saya jual baju budak. Murah-murah, sape nak beli?” Kalau saya pun malu nak cakap macam ni. Orang baca pun naik menyampah kan.

Kita tak perlu menjual untuk ajak orang beli barang kita. Habih tu nak buat macam mana? Caranya ialah dengan menulis. Tulis bukan ayat menjual. Tetapi kita akan menjual secara indirect dengan cara bercerita dan berkongsi kisah-kisah yang berkaitan dengan barang yang kita jual. Dengan cara ini facebook kita nampak kemas dan blog kita nampak profesional. Susah juga nak explain bab ni bagi yang tak faham. Yang penting kita jangan buat SPAM. Selalunya orang yang buat SPAM Facebook akan blok akaun dia. Tak semestinya SPAM akaun orang. SPAM akaun sendiri pun akan diblok. Oleh itu menjuallah dengan cara berhemah.

Klik sini —> Nak tambah pendapatan tapi malu menjual?

Related terms: Malu Cantante, Malus Definition, Malus Latin, Bonus Malus, Malus domestica, Malu Tattoo, Malu Shoes, Song Malu

20 thoughts on “Nak tambah income tapi malu menjual?”

  1. Sekarang banyak jualan secara online yang dapat membantu menambah pendapatan terutama untuk suri rumah. Mudah-mudahan perkongsian di atas dapat membantu.

  2. Cara senang nak jual, pakai dulu barang yang nak dijual. Secara tak langsung nanti kita akan tercerita kepada orang lain kebaikan produk/servis yang kita guna. 🙂

  3. tp di internet ni, senang sikit nak bisnes. sebab menjual tak perlu pun face to face. hehe.. yg penting kena bina kreadibiliti dlu. 🙂

  4. Saya kurang suka menjual di facebook dan memang tak explore pun . Jemu tengok orang mintak pm walaupun seller dah tulis semua detail kat situ. Nampak sangat yang mintak di pm tu malas membaca.Saya lebih suka menjual di mudah.my.Customer dah ready duit untuk transfer je. 2-3 sms insyaallah memang closed deal.Masa pun tak banyak terbuang.

  5. mulakan dgn mempromote dlm intenet dan bercakap dlm intenet.. pastu bljar bercakap dpn dpn dan buang rasa malu.. slow slow hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *