Nak niaga apa ya nak mula bisnes tahun ini?

Saya pasti anda yang membaca artikel ini memang sedang mencari peluang untuk berniaga. Samada anda mempunyai latarbelakang dan pengalaman perniagaan sebelum ini ianya tidak mempengaruhi semangat anda untuk berniaga. Apa yang pasti anda perlu berniaga dan ianya perlu dibuat walau apa cara sekalipun. Antara sebab yang menyebabkan ramai yang mula berfikir untuk berniaga ialah kerana beberapa faktor:

1. Minat kerana hobi yang dah lama terpendam tetapi belum pernah terlaksana kerana kesibukan dengan kerja tetap yang membelenggu

2. Teringin mengubah haluan dari bekerja makan gaji kepada berniaga sendiri dan berharap agar bisnes ini boleh diturunkan kepada generasi yang akan datang

3. Persaingan pekerjaan yang sengit menjadikan anda penganggur sehingga kini dan tak nampak peluang pekerjaan makan gaji dalam masa terdekat

4. Gaji sedia ada tidak mencukupi dan mencari peluang untuk menambah pendapatan dengan cara meniaga

Ramai yang merasakan berniaga adalah caranya untuk mencari jalan keluar kepada kemelut tapi isunya nak niaga apa ya. Memang sukar untuk nak buat pilihan kerana terlalu banyak produk yang boleh menjual tetapi tahukah kita apa yang sesuai mengikut pasaran semasa dan juga minat kita.

Jadi sebelum mula elok rasanya anda cari maklumat seberapa banyak yang mungkin sebelum itu. Saya sedia beri cadangan disini untuk anda buat keputusan sendiri. Idea pun penting supaya minda kita tak jem tak tahu nak jual apa dan nak mula bagaimana kan.

Antara produk/servis yang boleh dipertimbangkan:

1. Baju kurung moden/baju melayu

2. Tudung

3. Menjahit

4. Dropship

5. HOT ITEM (recommended)

Pada pendapat penulis, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes, HOT ITEM dengan borong China online adalah yang terbaek. Kenapa?

Tak perlu modal besar. Hanya dengan beberapa ratus ringgit dah boleh mula bisnes.

Tak perlu keluar cari produk. Depan laptop je dah boleh pilih dan order.

Atau boleh juga buat style dropship. Promosikan gambar, cari pelanggan minat nak beli lepas tu

Anda sebagi penjual hanya menghubungkan stok dengan pelanggan berpotensi. Saya sendiri pernah jual kasut sukan dari pembekal di Penang dan supply kepada pembeli dari seluruh Malaysia. Waktu itu, saya guna blog percuma je sebagai ‘agen pemasaran’ saya dengan letakkan no telefon di blog. Orang nak order pasti dia sms. Begitu juga dengan jersi. Sampai tika ini masih ada yang sms bertanyakan jersi walaupun saya dah stop bisnes tu.

Modal tak keluar pun. Produk pun takde. Tiap kali ada order je, terus sms supplier confirm stok dan harga. Kemudian ambil bayaran dari pelanggan dan selepas itu wang tersebut bank in ke supplier agar beliau boleh pos barang terus kepada pelanggan. So komisen dah siap-siap potong maintain dalam akaun.

Tapi satu yang peniaga selalu lupa ialah tentang aspek pemasaran. Bab modal dan stok memang peniaga ingat dan bajet dah siap tolak tepi. Tapi bila bab pemasaran, tiada bajet yang diperuntukkan untuk mulakan penjualan produk maka akhirnya bisnes sangkut dan tergendala.

Adakah anda dah bersedia dengan strategi pemasaran anda sendiri  sebelum nak mula buat bisnes? Tanpa strategi yang betul bisnes anda tak kemana dan silap-silap tiada hasil yang diperolehi.

Tapi jangan risau, semuanya dah dicover bagaimana nak pasarkan semuanya diceritakan saru per satu.

Anda cuma follow jer rapat-rapat! Nak ke?!

Klik sini —> Teknik Betul Mula Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *