Nak mula bisnes perlukah modal besar?

Bisnes masih menjadi taboo dikalangan kebanyakan orang Melayu.

Taboo = ketakutan, kekhuatiran

Ada yang anggap bisnes itu kedai besar, pekerja ramai, masuk juta-juta, tak berjaya maka bangkrap.

Bisnes ni bukan begitu.

Mindset perlu ada perubahan.

Jika kita pernah baca buku jutawan senyap, orang yang jual cakoi itu bisnes.

Orang jual burger tepi jalan itu bisnes.

Orang yang jual nasi lemak dan kuih itu bisnes.

Kita kena banyak bercampur dengan komuniti bisnes sebelum nak bisnes supaya tidak mengamalkan ajaran salah.

Orang yang menjual pakaian terpakai di car boot sale itu bisnes.

Jadi, adakah anda boleh berbisnes?

Saya jawab, “BOLEH!”

Anda boleh jual pakaian terpakai dirumah yang anda mungkin dah beli tapi tak pakai pun!

Anda mungkin tanya, macamana nak jual…SEGANLAH!

Jika segan nak ke car boot sale, kita boleh jual di Mudah.my dengan daftar percuma je.

Tengok!

Tak keluar modal pun dan anda boleh dapat hasil tanpa keluar modal.

Kenapa saya tulis artikel ini?

Sebab saya terima komen, “Saya takut bisnes sebab takde pangalaman dan bisnes perlukan modal besar!”

Cuba lihat perkataan-perkataan ini:

– takut bisnes

– tiada pengalaman

tapi masih fikir – bisnes nak modal besar

Jika tiada pengalaman mengapa nak mulai bisnes dengan modal besar?

Jadi konsep itu sudah SALAH ye.

Tiada pengalaman masih boleh buat bisnes iaitu dengan buat bisnes tanpa risiko.

Tanpa risiko bermakna tak perlu keluar modal.

Mulakan bisnes dengan apa yang ada dalam tangan.

Adakah anda akan rugi?

Saya jawab, “TIDAK!”

Bisnes juga boleh dimulakan tanpa ada produk sendiri pun. Di Facebook anda boleh join group-group dropship secara percuma.

Owner group dropship ini samada membuat produk mereka sendiri atau import barang dari luar negara dengan harga borong.

Jadi agen dropship tak perlu apa-apa modal. Tugas anda cuma cari pelanggan. Jika berjaya buat jualan, dapatlah komisen.

Berniaga tidak semestinya nak modal besar.

Tanpa modal boleh.

Modal kecil boleh.

Nak bisnes?

2 thoughts on “Nak mula bisnes perlukah modal besar?”

  1. Ada biz yang memerlukan modal besar, ada yang memerlukan cuma sedikit modal. Apa-apa pun semua bisnes memerlukan modal tak kira kecil ataupun besar. Ilmu adalah penentu kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *