Nak mula berniaga sangat-sangat dah tapi belum ada produk nak jual?

Nak Bisnes Apa

Ada orang nak berniaga tapi tak tahu nak jual apa.

Ada orang dah ada produk tapi tak tahu mana nak mula.

Ada orang nak mula niaga esok nak mula tapi produknya belum ada.

Jawapan untuk situasi di atas ialah sebenarnya sama je.

Sebenarnya tak perlu risau pun berkenaan produk.

Langkah pertama nak berniaga adalah ujian promosi atau validate.

Tujuannya nak dilihat samada produk kita ada potensi atau tidak.

Nak ada barang dulu ke? Tak payah. Buat masa ini diperingkat ini tidak perlu.

Sebab untuk promosi di facebook kita boleh gunakan gambar orang lain.

Tapi gambar itu adalah gambar produk yang anda akan jual nanti. Atau ambil saja gambar dari supplier atau dropshipper.

Maksudnya guna gambar produk dan sedikit ayat jualan/copywriting – buat posting di FB untuk dapatkan order.

Inilah peringkat yang sangat penting bagi yang nak baru bermula dengan bisnes online ni.

Kemahiran menulis ayat jualan sangat penting bagi memahami emosi sebenar pelanggan dan seterusnya membuat kempen menarik perhatian dan seterusnya membeli.

Ok, tadi kata promo je walaupun belum ada stok produk dirumah kita. Dah, kalau order tetiba camner? Nak pos apa benda, stok pun tak ada.

Jangan risau!

Macam yang saya beritahu awal tadi skill nak promo itulah yang lebih penting dari produk itu sendiri. Soft skill ini yang awal-awal mesti mahir dulu sebelum fikir nak cari produk. Itu boleh buat kemudian selepas ini.

JIka tetiba ada order bagaimana nak dapat produk? Ada beberapa cara untuk supply cara cepat. Ambil barang dari:

  1. Dropship di facebook group, website, blog, instagram etc etc.
  2. Bukan dropship. Redirect je pembeli kepada owner produk yang sebenar.
  3. Bukan dropship. Beli produk dari owner dan kita mark up jual semula dengan harga yang munasabah.

Untuk pilihan 1, kita akan dapat komisen sebab admin akan bagi kita produk dengan harga agen.

Bagi pilihan 2, kita tak dapat komisen sebab tujuan utama kita berlatih nak bantu pelanggan untuk dapatkan produk terlebih dahulu.

Bila kita dah mahir kemudian boleh cari dropship untuk cover supply produk itu.

Bagi pilihan 3, kita akan ada untung sikit kerana dah mark up cumanya kita kena justify kenapa harganya sedikit tinggi berbanding harga pasaran.

Jadi apa yang saya nak tekan disini ialah jika betul nak mula berniaga, tajamkan skill penulisan dulu untuk buat posting di facebook atau mana-mana media promosi.

Isu nak dapat produk adalah isu kedua dan sekiranya ada order sewaktu kita buat test market, dapatkan je produk jual tanpa untung dulu.

Once skill promosi dah mantap masa tu jual lah apa saje. In shaa Allah pasti berhasil.

Tak tahu mana nak dapat produk? Borong je untuk dapatkan harga murah dan jual pada harga pasaran.

Pasti berbaloi-baloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *