Nak jimat shopping barang waktu SALE

Ya! Nak jimat tunggu offer dan baru beli!
Macam biasa dengar…. tapi…. offer apa yang nak ditunggu? dan barang apa yang nak dibeli?

Baiklah.. begini kisahnya…. 🙂

Sama ada anda perasan atau tidak, ada sesetengah barang yang kita gunakan di rumah, sememangnya perlu/mesti kita kena beli ia sama ada setiap minggu atau pada setiap bulan.

Contohnya..

Susu Anak
Pampers
Beras
Milo
Susu
Garam & Gula
Sabun Cuci Baju
Sabun Basuh Pinggan
Tisu
Minyak Masak
Nugget/Kentang Goreng /Makanan Sejukbeku
dan banyak lagi…..

 

Jadi, apa yang perlu anda lakukan…. senaraikan dahulu apakah barang-barang yang anda perlu beli sama ada secara mingguan atau bulanan!

Barang-barang ini biasanya boleh disimpan dan tahan lama.
Ianya BUKAN barang basah yang perlu dibeli secara harian atau 2-3 hari sekali.

Iangat ya.. BARANG KERING dan mesti BOLEH DI SIMPAN untuk tempoh yang lama..”EXPIRED DATE” barang-barang ini selalunya sekitar 1-2 TAHUN.

Selepas anda dah senaraikan semua barang tersebut.

Selalunya hanya sekitar 20 barang sahaja yang anda memang betul-betul beli setiap minggu/bulan.

Kini anda perlu “alert”, perhatikan harga jualan barang-barang ini pada waktu biasa dan pada waktu offer.

Sama ada anda perasan atau tidak…

Supermarket-supermarket besar seperti Tesco & Giant.
Akan sentiasa membuat tawaran pada setiap minggu.
Mereka akan sentiasa “rotate” barang berbeza untuk diberikan diskaun pada setiap minggu.

Contohnya, minggu ini mereka akan berikan diskaun pada “susu kotak”
harga biasa susu tersebut adalah RM5.99, tetapi bila ada offer, mereka akan jual pada harga RM4.99

Bila ada offer sebegini, biasanya saya akan beli susu tersebut 4-5 kotak terus untuk stok 1-2 bulan.

Offer tersebut biasanya akan berlangsung untuk tempoh 1-2 minggu sahaja.
Kemudian.. ia akan berbalik semula pada harga biasa dan barang lain pula yang akan diberi potongan harga.

Biasanya, selepas 1-2 bulan, giliran susu kotak tersebut diberi potongan harga akan kembali semula. Apabila giliran ia tiba semula, saya akan beli lagi beberapa kotak.

Dengan cara ini, saya akan dapat membeli barang tersebut dengan harga diskaun sepanjang masa.

Perkara yang sama saya lakukan untuk barang-barang lain.
Seperti minyak masak, santan kotak, sosej, nugget, minuman 3-in-1, sos spaghetti, tin sardin, mee segera, sabun pencuci baju, sabun pencuci pinggan dan banyak lagi..

Tempoh masa barang-barang tersebut akan kembali diberikan diskaun, biasanya adalah sekitar 1-2 bulan.

 

Pendek kata.. setiap kali saya pergi ke tesco atau giant.

Saya hanya akan membeli barang-barang yang diberikan offer pada harga diskaun sahaja! Dan saya akan beli LEBIH beberapa unit untuk dijadikan stok! (biasanya untuk stok 2 bulan)

 

Barang-barang yang tidak ada diskaun harga, saya akan tangguhkan dan beli di waktu lain, iaitu sewaktu tiba giliran mereka diberikan diskaun.

Kecualilah, jika barang tersebut memang sudah habis stok di rumah dan saya perlu gunakan ia juga, maka saya akan beli juga 1 unit, sekadar untuk kegunaan pada minggu/bulan tersebut.

Untuk gunakan kaedah ini, anda perlu “aware” juga pada harga yang ditawarlan.
Kadang-kadang, harga diskaun yang diberikan, tidak begitu murah.
Contohnya, susu kotak tadi, harga biasa ialah RM5.99.. kadang-kadang, sewaktu offer, ia hanya turun menjadi RM5.39 sahaja… sedangkan, sebelum ini, ia pernah turun menjadi RM4.99. Jika ia sekadar turun sedikit, anda boleh tunggu lagi (jika masih ada stok di rumah) atau beli juga (jika stok di rumah sudah habis)

Anda mungkin tidak perasan tentang harga ini pada mulanya..
Tapi bila anda dah sentiasa beli barang tersebut dan amalkan tip ini,
Insyallah anda akan perasan dan dapat ingat.. berapakah harga diskaun yang paling rendah yang pernah diberi pada sesuatu barang itu.

Bila anda dapati barang itu diberikan pada harga diskaun yang terendah.. masa itulah anda beli banyak-banyak!

Boleh?

In shaa Allah boleh!

Dengan mengamalkan teknik ini sahaja.. saya dapat jimat hampir 50% dalam perbelanjaan bulanan saya bagi perbelanjaan barang-barang dapur dan keperluan rumah.

Dulu, untuk tempoh sebulan , biasanya saya akan ke hypermarket sebanyak 2 kali dan belanja sekitar RM300 setiap kali datang. Sebabnya, saya akan tunggu semua barang-barang di rumah habis dan akan belanja sekaligus untuk stok 2 minggu.

Tapi bila amalkan tips ini, biasanya saya akan ke giant 3 kali dalam tempoh sebulan.. dan setiap kali pergi, saya hanya akan berbelanja sekitar RM100- RM150. Ini lebih jimat kerana pada waktu ini, saya tidak tunggu barang habis baru beli! Tetapi saya tunggu barang offer baru beli!

Nampak tak?
Dulu.. tunggu barang habis di rumah, baru beli (jadi terpaksa beli walaupun pada harga mahal)
Sekarang… tunggu offer.. baru beli (jadi dapat beli pada harga murah).

Boleh ya!

Oklah! Itu sahaja untuk tips jimat kali ini.
In shaa Allah kita akan bertemu lagi di tips jimat yang seterusnya beberapa hari lagi!

Nantikan post akan datang dari saya ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *