Nak buat ayat iklan pemasaran facebook mesti faham kehendak pelanggan terlebih dahulu

Selalunya bila nak jual, kita akan kata seperti berikut:

Jual, jual, jual

Murah, murah, murah

Tiada salahnya ayat iklan sebegini kecuali jika anda menjual di pasar malam sebab nak tarik perhatian orang ramai yang lalu lalang.

Tetapi untuk menjual di facebook, kita perlu tapis hanya untuk mereka yang minat.

Dan kita hanya ada 3 hingga 5 saat sahaja untuk tarik perhatian orang.

Bayangkan.

Anda buka facebook dan scroll newsfeed dari atas ke bawah,

Jarang kita nak baca satu satu.

Apa yang kita buat ialah scan sahaja. Hanya bila ada berita menarik yang berkaitan dengan diri kita barulah kita berhenti sekejap dan baca.

Lepas tu scan semula sampai ke bawah.

Untuk buat pemasaran di facebook bagi menarik perhatian orang lain, kita samada gunakan gambar yang menarik atau boleh juga gunakan ayat iklan yang power atau kombinasi keduanya.

Walaupun begitu ianya ada cara yang tertentu dan jangan dibuat secara  sambil lewa.

Kaji dahulu kekuatan produk kita, apa benefit yang boleh orang lain dapat dari kelebihan produk yang kita ada.

Dengan lain kata letakkan diri kita dalam posisi bakal pelanggan produk kita.

Dengan cara ini barulah kita boleh cipta ayat iklan yang memahami perasaan dan kehendak pelanggan.

Iklan yang menyentuk emosi pasti akan menarik perhatian prospek yang berminat.

Klik sini —> Buat ayat iklan fahami kehendak prospek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *