Nak bisnes jangan mudah kalah dan lemah semangat dengan perli ejekan dari kawan-kawan

Ini kisah Coach Bahar.

Saya pernah berkerja gomen berjawatan pegawai.

Lama saya berkerja lebih 15 tahun sebelum berniaga sepenuh masa.

Bila mula berhenti kerja, beberapa rakan yang pernah bersekolah sama, rakan kampung dan rakan sejawat dulu terjumpa saya sekali sekala berniaga di pasar malam dan pasar tani.

Mereka terkejut dan bertanya mengapa saya jadi begini. Mereka mula kesihan dengan saya.

Persepsi mereka terhadap saya pada masa itu kabur, mereka tersilap. Ada yang bertanya ” apa dah jadi sekarang Bahar ?. “. Saya senyum sahaja, saya faham apa yang deorang maksudkan. Mereka hairan, mengapa dari seorang pegawai, duduk dikerusi empuk dan berstaf yang ramai tetapi sekarang jual menjaja di tepi jalan sahaja.

Saya tak malu, saya sedar yang ramai orang tak faham tentang orang berniaga. Ramai yang kesihan dengan saya bila terlihat saya menjaja. Mereka anggap teruk sangat menjaja ni. Kami penjaja mencari rezeki yang halal. Kami terniaga tak minta sedekah. Kami berkerja kuat untuk minat dan impian kami semua.

Itu sebabnya saya emosi bila nampak rakan penjaja di tarik gerai mereka atau dikacau majlis pembandaran. Mereka baru mahu berniaga, sementara mereka maju untuk dapat kedai yang lebih sesuai. Janganlah dikacau mereka tetapi bantulah mereka.

Ada orang yang menganggapkan jika bisnes jalanan ni kelas rendah. Ada yang lebih teruk, anggap bisnes ni sama dengan kejatuhan dan kegagalan. Jatuh bangun lumrah dalam bisnes.

Saya tak nafikan yang ramai yang berniaga jatuh termasuk saya menghadapi pengalaman itu. Tetapi itu semuanya adalah pengalaman dan hanya sementara. Bangunlah perbetulkan apa yang salah dan terus berlari dengan lebih gagah.

Nasihat untuk rakan peniaga:

– Fikiran kita, tidur kita, makan kita semua perlu tukar menjadi seorang usahawan.

– Jangan berfikiran negatif, positifkan minda anda.

– Jangan mudah kalah dan lemah semangat dengan perli, ajekan dari siapa sahaja. Teruskan usaha anda setiap hari.

– Berazam untuk maju. Biar kecil-kecil tapi berhasil. Mulakan terus dangan tindakan anda yang positif. Apa yang anda lakukan hari ini mengambarkan apa yang akan anda capai esok harinya.

– Cari formula yang betul dalam bisnes, terus tambahkan lagi ketakwaan kita pada Allah yang Maha Esa.

– Satu hari nanti, anda pasti akan berjaya. Pada masa itu mereka yang melarikan diri pada anda akan datang semula.

Bersabarlah. Nak mula bisnes?

Klik sini —-> Mula bisnes dengan fikiran dan laluan yang betul

2 thoughts on “Nak bisnes jangan mudah kalah dan lemah semangat dengan perli ejekan dari kawan-kawan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *