Nak berjaya pasanglah angan-angan yang positif setiap waktu

Sumber: Dr Hamid Arshat

SEMUA BERMULA DARI FIKIRAN

Bila saya ada peluang untuk bertafakkur dan memikirkan kehidupan saya, dengan mengimbas kembali peristiwa2 lampau, mengenangkan laluan jalan kehidupan yang penuh liku2 dan cabaran sehingga akhirnya dapat mencapai kejayaan dan kebahagian, saya dapat satu kesimpulan, iatu kesemuanya bermula dari minda dan fikiran. Kejayaan adalah hasil minda dan pemikiran yang positif, optimis, kreatif, innovative, imaginatif dan sentiasa terbuka luas.

Lebih penting lagi ialah berkat doa ibubapa kita serta usaha gigih dan kerja keras tanpa mengira waktu dan kaedaan, pintar mengurus wang dan masa.

Begitu juga kegagalan dan kemiskinan adalah berasal dari minda yang lemah, malas, pesimis serta tertutup dan tidak berupaya menerima idea2 baik dari orang lain.

Keluar Dari zone selesa.

Dalam peringkat awal hidup saya, pemikiran saya banyak dipengaruhi olih budaya dan caragaya hidup orang melayu kampung. Selain dari belajar disekolah atap, belajar ugama dan mengaji quran, otak saya tidak ada sumber rangsangan yang lain. Muklumat dan ilmu masuk kedalam otak saya, diperoses sedikit dan kemudian disimpan dalam kawasan ingatan (memory) . Apa bila menduduki peperiksaan , maklumat yang disimpan dalam otak , diluahkan untuk menjawab soalan. Olih kerana daya ingatan saya baik, saya dapat markah yang tinggi.

Pada zaman kanak2 dan remaja, munkin ada juga sedikit ciri2 kreativiti dan innovasi dalam otak saya, bila saya buat bolah sepak dengan sekerap getah dan buat senapang buluh dengan menggunakan mancis dan valve tayar basikal sebagai peletup senapang. Pada zaman kanak2 dan remaja saya, kita cipta sendiri alat2 permainan berbanding dengan zaman sekarang kesemuanya dibeli.

Pengaruh budaya dan caragaya hidup.

Sering saya berfikir mengapa orang2 cina dan yahudi sangat berjaya dalam perniagaan, perusahaan serta akedemik. Orang2 yahudi dan orang putih pula bijak pandai dalam bidang sains dan teknoloji, dan ramai diantara mereka jadi pemenang hadiah Nobel. Memang tidak bolih disangkal tamaddun mereka lebih awal dan lebih tinggi dari kita.

Mereka telah berjaya mencipta berbagai2 kemudahan hidup, kapal terbang, kereta api, motokar, talipon, talivesyen, radio, komputer, internet, smartphone dan bermacam2 lagi. Kita orang Islam hanya menjadi pengguna sahaja. Adakah otak kita kurang cerdas, atau kurang kreativiti?

Saya percaya pasti ada dalam budaya dan caragaya hidup mereka yang menyumbangkan kepada kebijaksanaan mereka. Rahsianya ialah dengan membina dan membangun otak dan pemikiran dari kandungan ibu, dari dalam rahim dan berterusan sehingga umor tiga tahun. Pembangunan tersebut menjadi asas atau cerucuk binaan otak dan pemikiran ketika dewasa kelak. Disamping itu caragaya keibubapaan yang pintar serta budaya dan caragaya hidup berdisiplin menjadi panduan dalam pembangunan insan.

Bina minda, fikir positif

Allah beri akal untuk kita berfikir, terutama tentang kebesaran dan kekuasan Allah, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang menggunakan akal fikiran mereka dengan betul. Allah SWT yang maha berkuasa menciptakan 7 lapisan langit dan bumi dan terus menerus mentabirkan pergerakkan, malam berselang siang dengan detik waktu yang amat tepat. Malangnya kebanyakkan manusia tidak terfikir untuk menyembahNya.

Otak kita adalah satu komputer terbesar ciptaan dan kurniaan Allah dan tiada tolok banding. Malangnya hanya 2% sahaja yang digunakan. Otak adalah ibusawat bagi semua aktibiti pergerakan, pancaindera, (penglihatan, pendengaran, sentuhan, bauan dll), berfikir, emosi dan perasaan, nafsu dan shahwat, dan berbagai2 fungsi lain.

Otak juga adalah setor penyimpan terbesar untuk ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran: satu sumber imaginasi dan kreativiti. Otak perlu rangsangan terus menerus melalui peroses pembelajaran, dan ia juga perlu digunakan: sangat penting kita gunakan otak, jika tidak kita akan kehilangan keajaibannyan.

Berfikir satu kerja ringan tetapi kebanyakan dari kita malas berfikir.
Kebolihan untuk berfikir satu nikmat besar. Berfikir dulu sebelum bertindak, sebelum bercakap dan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Amat penting berfikir untuk merancang masa depan kita, merancang pembanguan fizikal dan pasarana, menentukan arah tujuan hidup kita, dan menentukan sasaran2 yang perlu dicapai.
Hidup kita penuh dengan berbagai2 cabaran dan masalah, gunakan fikiran untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah.
Gunakan akal fikiran untuk mengawal nafsu yang mengajak berbuat maksiat.

Guna akal fikiran untuk kawal emosi2 dan sikap negative, marah, benci, dendam, bakhil, dll. Guna akal fikiran untuk mengawal tabiat buruk, merokok, minum arak, hisap dadah, mencuri, dll. Guna akal fikiran untuk mengawal perangai buruk ,hasad dengki, buruk sangka, khianat, mencaci, mengumpat, menyebar fitnah.

Pemikiran orang yang berjaya

Latih minda kita agar sentiasa berfikiran optimistic, berfikir perkara2 yang terbaik, dan gambarkan atau bayangkan kita hidup senang, mewah dan ceria saperti kita sudah berada didalam syurga Allah. Inshallah impian saperti ini bila menjadi cita2 dan menjadi sasaran dan akhirnya menjadi destinasi hidup, insha Allah ia akan tercapai.

Apa sahaja yang kita idamkan apabila disertai dengan semangat yang meluap dan sasaran yang tepat, diranchang dengan teliti dan teratur segala tindakan serta terlaksana segala kerja dan tugas2 nescaya ia akan mencapai ketahap cemerlang.

Orang2 yang berjaya sering fikir jauh kehadapan, memikirkan jadi senang , sihat dan ceria bila tua.

Mereka berfikiran optimistic, positif, dan yakin akan capai kejayaan. Atas dasar ini mereka sentiasa menggunakan imaginasi, mencetuskan kreativiti dan innovasi dan sentiasa membuka luas minda dengan angan2 dan impian.

Mereka mencapai tahap keyakinan diri yang tinggi dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran secara berterusan.

Ilmu pengetahuan menjadi batu asas bagi pembinaan daya fikir yang tajam , meningkatkan kecerdasan otak (intelligence) dan daya kreatif dan innovatif. Jadikan amalan menimba ilmu satu tabiat dan budaya hidup. Belajar terus belajar, mengikut keperluan tertentu.

Cetuskan kuasa minda bawah sedar

Minda kita ada dua peringkat iaitu, sedar (conscious mind), bawah sedar (subconcious mind). Kebanyakkan kita hanya menggunakan bahagian minda sedar, sedangkan yang lainnya, iaitu minda subconscious jarang digunakan. Minda bawah sedar adalah bilek setor terbesar yang menyimpan ilmu dan pengalaman lampau, tetapi untuk mendapatkannya, ia perlu diterokai dan dicari gali dengan kaedah2 tertentu. Ia bolih mengeluarkan khazanah2 maklumat yang penting dan berguna untuk kehidupan kita. Orang yang berjaya sering berhubung dan berkomunikasi dengan minda bawah sedah.

Dengan menggunakan berbagai2 teknik, saperti autosuggestion, self affirmation, bercakap kepada diri sendiri setiap hari dan berulang2 kali, otak kita akan mengarah dan menggerakkan anggota kita bertindak dengan segera.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*