8 tips amalan murah rezeki agar datang mencurah-curah

Nak tahu cara cara nak rezeki datang mencurah curah?

Ada 8 tips murah rezeki…

SATU

Ajar atau Share ilmu dengan orang lain. Jangan kedekut ilmu. Sebab sharing is caring gitu…

DUA

Bantu meringankan beban orang yang susah atau miskin… bantuan tak semestinya dalam bentuk wang… anda boleh bantu sedekahkan beras, baju, dll…Atau kita gunakan kudrat kita menolong orang orang yang susah..

TIGA

Sentiasa ingat pada Allah… selalu berzikir… Sebab most of the time kita spend kat atas jalan (pergi balik kerja)… gunakanlah telinga kita untuk dengar zikir2 Allah… Sebab tu ada surah Al-‘Asr… Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian melainkan orang orang yg beriman dan beramal soleh…

EMPAT

Memperbanyakkan doa… Submit kepadaNya… mintalah yang paling besar sekali… Tapi ingat mesti submit yang detail… Contoh doa “Ya Allah, aku bersyukur dan berterima kasih kerana aku mempunyai RM6 juta dalam akaun bank aku pada bulan Mei tahun 2016″…Itu contoh ok… Sebab kalu doa “Ya Allah, aku nak kaya”… itu tak berapa detail… lagi bagus doa tu siap tarikh bila, di mana, berapa banyak dan sebagainya (Tips dari Dr Azizan)

LIMA

Bersyukur atas nikmat yang telah diberikan… Contoh: bersyukur kita ada sepasang mata boleh melihat orang orang yg kita sayang… dapat melihat keindahan alam ciptaanNya…ada orang luar sana buta tak boleh melihat… ini contoh ok…

ENAM

Melibatkan diri dalam perniagaan atau bisnes… Sebab 9/10 rezeki datang dari perniagaan… ada orang kata tak payahlah nak berniaga, keturunan kita bukan keturunan peniaga… Ada orang kata tak payahlah berniaga tengah ekonomi meleset cam sekarang nih, nanti kau yang rugi… Oh no no no… Waktu nilah yang terbaik untuk perbaiki ekonomi diri kita dan famili… nak fikir ekonomi negara… sampai bila bila pun tak habis

TUJUH

Bersedekah secara istiqamah atau konsisten… tetapkan tiap tiap bulan berapa nak sedekah… apa yang disarankan (aku baca buku 21 formula hidup luar biasa) 5-10% dari gaji bulanan boleh digunakan untuk bersedekah…Terpulanglah pada diri masing masing… nak sedekah setiap minggu pun boleh atau setiap hari pun boleh… tapi mesti konsisten… Contoh: Gaji sebulan RM2500… bajet nak derma 10% dari gaji bulanan tu… so RM250 boleh didermakan… (teringat Dr Azizan kata kalau nak derma tiap tiap hari… pecahkan RM250 tu jadi RM1 pastu dermalah)

LAPAN

Istighfar padaNya… amalkan baca 1000x istighfar dalam sehari… In Shaa Allah.

Tips Murah Rezeki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*