Mudahnya istighfar jemput rezeki

Akhir-akhir ini suka pula nak tulis mengenai rezeki. Tidak tahu pula mengapa tapi terasa nak share dengan pembaca pasal kisah yang saya dengar tidak ingat dimana atau telah baca buku apa. Rezeki adalah topik universal dan evergreen bagi semua lapisan masyarakat.

Rezeki setiap orang berbeza dan kita kena sedar bahawa setiap rezeki seseorang telah ditentukan cuma sekarang ini masing-masing perlu cari jalan bagaimana untuk menemukan rezeki yang telah ditentukan tersebut. Menarik kan. Macam treasure hunt pulak. Memang seronok jika kita faham bahawa manusia ini diuji dan hanya orang yang beriman tahan dan berjaya dalam ujian.

Oleh itu siapa yang beriman akan mendapatkan rezeki secara yang halal manakala yang tidak akan menggunakan apa cara termasuk yang haram bagi memperolehi rezeki. Jadi redha akan ketentuan ini dan jika tidak puas hati teruskan doa dan banyakkan istighfar moga-moga Allah akan pertimbangkan permohonan. Tidak perlu berputus asa dan buruk sangka dengan Allah. Apa jua datang dari Allah maka kepada Allah jua kita mengadu dan mengharap.

Ada satu cerita.

Kisah seorang tukang kasut. Dengan Imam Ghazali. Suatu hari dalam pengembaraan Imam Ghazali ke suatu tempat beliau berasa sangat penat dan teringin sangat nak berehat lalu nampak sebuah masjid. Yang hairannya beliau tidak dibenarkan untuk duduk di masjid. saya tidak berapa ingat sangat cerita ini yang mana beliau cuba singgah dibeberapa tempat lain nak berehat tetapi semuanya tidak berjaya hinggalah sampai ke satu tempat dihadapan kedai tukang kasut.

Ceritanya lebih kurang begini, beliau mengadu kepada tukang kasut berkenaan apa yang terjadi dan tukang kasut juga berasa hairan atas kejadian tersebut lalu mengajak Imam Ghazali untuk berehat dirumahnya. Sewaktu dirumah tukang kasut ini Imam Ghazali perasan yang tukang kasut ini asyik terkumat kamit mulutnya bagai tiada henti dan terus menerus menyebut sesuatu.

Imam pun bertanya kepada tukang kasut apa yang disebutnya dari tadi tanpa henti-henti. Tukang kasut itu beritahu bahawa dia beristighfar sepanjang waktu. Ditanya kenapa. Jawabnya kerana dengan istighfar semua hajatnya telah dicapai dan didengari oleh Allah swt namun ada sahaja satu lagi hajatnya yang belum kesampaian. Ditanya lagi apa yang belum dicapai tu. Jawabnya dia ingin benar nak menemui Imam Ghazali sebab itu dia terus beristighfar sampai sekarang.

Selepas itu barulah Imam tadi tersedar kenapa semua orang menghalau beliau setiap kali nak berhenti berehat, rupa-rupanya Allah nak hantar beliau ke tempat tukang kasut tu. Subhanallah. Semoga para pembaca nampak apa yang saya nampak.

Ada lagi kisah lain yang saya pernah dengar atau baca ialah tentang suami isteri yang bergaduh dan terlepas cakap jadi masing-masing malu sendiri nak mengaku kesilapan dan ego. Saya tidak ingat si suami atau isteri beristighfar banyak kali kerana walaupun ego tapi masih ada rasa sayang antara satu sama lain dan dia mengambil jalan Allah dengan beristighfar. Dan ditakdirkan bila keduanya dan sejuk bila bertentang mata – keduanya mengaku kesilapan masing-masing. Sweet kan.

Sekiranya kita ada masalah, be positive dan determine berapa banyak kali nak beristighfar. Contonhnya setiap kali solat istighfar 100 kali. Namun jika masalah berat, tak perlu tunggu solat terus lah beristighfar 1000 kali, 10,000 kali atau sejuta kali sekalipun. Anda tidak rugi apa-apa. Allah pasti menolong kita. Amin.

Klik sini —> Amalan Pelaris Rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *