Minda jutawan

Mungkin ada yang nak gelak pecah perut.

Jutawan?

Huh?!! Meroyan ka apa!

Tak semua orang berani berangan-angan.

Nanti malu dikata orang.

Tak sedar diri!

Duit tak bawa ke mati pun!

Ini pemikiran satu pihak.

Di pihak yang lain pemikirannya lain.

Dengan asbab duit jika di fikir dipihak yang positif, ianya boleh menjadi saham akhirat.

Pernah dengan poor dad rich dad?

Betapa dalam masyarakat terdapat dua pemikiran yang bertentangan.

Sebab itu kena banyakkan bergaul dan jangan tetap tak mahu perubahan dengan tinggal dalam kelompok yang sama.

Ini buat pemikiran kita tak berkembang.

Ibarat katak bawah tempurung.

Pergaulan yang luas akan dedahkan kita dengan mindset masyarakat lain yang lebih positif pemikirannya.

Secara amnya, berfikiran positif dalam banyak hal akan hasilkan keputusan yang positif juga.

Rezeki ada dua jenis.

Satu, rezeki yang tersedia.

Lagi satu, rezeki dengan usaha dan kemahuan yang kuat. Doa tanpa putus sebab Allah nak lihat kesungguhan kita.

Tanpa putus asa Allah akan kurniakan rezeki extra ini cuma yang penting niatnya dan halatujuanya ke mana duit tu mestilah betul kerana duit itu amanah yang perlu dilunaskan bukan semata untuk kemewahan dan kegunaan sendiri.

Gunanya duit itu untuk ummah, agama dan amalnya sebagai bekalan akhirat.

Semuanya perlulah kerana Allah swt semata-mata.

Tak salah sebahagiannya untuk uruskan kehidupan dunia bagi kemudahan untuk menuruti syariat juga.

Semuanya tidak mustahil.

Tidak mustahil untuk jadi jutawan.

Cumanya mindset dan mind map perlu halatuju yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *