Micro business in Malaysia

Contoh Perniagaan Kecil

Selalu yang kita dengar ialah bisnes kecil tapi kali ini saya ingin menulis berkenaan bisnes mikro.

Bisnes mikro selalunya dijalankan secara one man show dan hanya memerlukan seorang iaitu pemilik bisnes seorang sendiri untuk run the business.

Sama macam bisnes lain bisnes mikro ini boleh jadi dijalankan secara online atau offline. Online ialah bisnes yang dijalankan dalam talian menggunakan website, blog, sosial media dan lain-lain manakala bisnes offline pula dijalankan di lapangan. Ada juga bisnes yang menggabungkan kedua-duanya.

Apa yang menarik dengan mikro bisnes ini ialah ia dimulakan dengan modal sangat minima namun jika diuruskan dengan baik ia boleh memberikan pulangan yang berbaloi.

Mungkin tidak lumayan mana namun sangat berbaloi jika nak dibandingkan dengan modal dan kos operasi harian yang perlu dikeluarkan. Modal sangat minima, praktikal dan less birokrasi sebab tidak melibatkan staff lain atau hampir tiada staff pun.

Antara contoh bisnes mikro dan boleh dijalankan secara berseorangan secara online ialah penyedia khidmat di portal servis online, pemborong dan pembekal barang murah dari China, menulis di blog sendiri atau menulis artikel untuk orang lain, menyedia tapak iklan di blog, pengurus laman jualan fanpage atau insta bisnes orang lain, main saham online dan pelbagai lagi yang boleh difikirkan sekiranya anda cukup kreatif.

Manakala jika anda tidak minat dengan mikro bisnes online boleh sahaja lakukan mikro bisnes offline mengikut minat dan strength masing-masing.

Jika mahukan contoh saya boleh berikan contohnya seperti photographer samada untuk majlis atau props, buat bakeri dan hantar ke rumah-rumah, jual air di tepi jalan atau depan rumah, jual aiskrim buatan sendiri, jual burger, pakar hiasan dalaman, penasihat unit amanah dan ada lagi sebenarnya sebab ianya bergantung dengan apa kepakaran yang anda miliki.

Apa yang bestnya bisnes mikro ini ialah anda boleh bergerak sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Cumanya hasil yang diperoleh adalah cukup anda survive sesuai dengan anda seorang sebagai pekerja, balik modal dan sebagai wang tambahan sahaja.

Walaubagaimanapun ada kes-kes tertentu bisnes mikro boleh beri impak yang tinggi dan hasilkan untung berlipat kali ganda.

Jika tak percaya, pernahkah anda dengan sebuah website yang ingin dibeli orang dengan harga ratusan ribu atau jutaan ringgit. Pernah kan. So, memang ada yang bertuah. Yang penting start small first and let see what happen!

Contoh Perniagaan Kecil
Contoh Perniagaan Kecil

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com