Mesej iklan kepada prospek mesti sampai melebihi 7 kali

Bukan mudah nak buat iklan sebab tu kita ingat balik dulu-dulu la bila kita tengok tv best sangat sebab memang kalau ada cerita movie tu dia tayang tanpa gangguan. Lagi satu berita pun memang skema semua cerita pasal perkembangan semasa. Itu cerita dulu-dulu mungkin ramai yang dah lupa sebab dah terbiasa dengan situasi zaman sekarang. Cuba kita imbas-imbas kenangan lama hihi.

Lepas tu zaman makin berubah sedikit demi sedikit. Mula-mula kita tengok drama-drama ni bila main kejap-kejap dia stop tayang iklan. Masa tu saya ingat lagi banyak penonton yang resah dan komen, “Ni nak tengok cerita ke nak tengok iklan”. Masa tu rasa macam tak logik sebab rasa macam kita ni dah terlampau over dengan iklan. Lebih teruk lagi kemudian kita alami era iklan dah menceroboh waktu siaran berita masa tu dah terfikir, “Apa nak jadi ni?”

Namun lama kelamaan kita sudah terbiasa dan sekarang ni kita akan rasa heran bila tak ada iklan. Makin lama barulah faham especially bila kita sendiri dah terjebak ke alam jual menjual ni lagi memang sentiasa ajelah nak cari peluang iklan kan hehe. Tambahan pulak teknik iklan ni sifu iklan Dan Kannedy kata : “Iklan / Mesej kepada Audiens mesti sampai melebihi 7 kali…” maka semakin fahamlah kita peranan iklan ni ada psikologi juga dan makin banyaklah sesi iklan – sampai 7 kali baru prospek nak hadam huhu.

Itu baru satu barang untuk satu company. Satu company ada berapa produk? Berapa banyak company pula nak iklan? Belum lagi individu yang jual runcit, dropshipper, agen, surirumah sebab tu boleh tengok FB penuh dengan iklan. Ofline pulak, flyers tak usah cerita. Dalam mailbox, mesjid, stesyen minyak, viper kereta dan macam-macamlah lagi. Ada satu tips – Dan Kannedy kata : “Iklan / Mesej kepada Audiens mesti sampai melebihi 7 kali…” Apa mesej yang saya nak sampaikan? SIla baca dibawah yang dikongsikan oleh Mohd Hafeez Bin Basaruddin pada July 2 at 10:29pm di FB beliau;

Ada seorang kawan saya yang buat Iklan di paper 1 full page, tapi beliau kata pada saya yang beliau tak puas hati sebab bayar mahal tapi takda response, saya tanya berapa kali keluar? Beliau jawap : “1 kali je..”

Dan Kannedy kata : “Iklan / Mesej kepada Audiens mesti sampai melebihi 7 kali…”

Saya kadang ngada2 survey kepada Peniaga mengenai flyers, saya akan tanya : “Kalau anda ada 10,000 flyers, anda mahu edar kepada 10,000 rumah @ 1,000 rumah?”, selalunya ramai yang jawap kepada 10,000 rumah, sebab kalau boleh dorang nak ‘makan’ terus 10,000 Audiens tu, namun masalahnya conversion rate selalunya rendah kalau buat camtu…

Saya dulu pun macam tu, saya assume daripada 10,000 rumah yang terima risalah saya, dapat 10% pun dah kira ok, cuma masalahnya 1 orang pun takda response…huhu..

Nak tahu sebab apa? Sebab kalau 1 kali sahaja kita edar, kadang2 kali pertama mungkin Audiens kita sibuk, tak sempat nak baca, tapi minggu seterusnya kita dah stop hantar, memang audiens akan terus lupa!

Kita sendiri pun lupa nama kawan yang baru kita kenal kalau sekali je jumpa kan? Dah berulang jumpa, barulah ingatkan?

Jadi nak buat camna? Ok, pilih 1 kawasan perumahan @ 1 kawasan yang memang target audiens kita, contohnya kawasan perumahan yang ada 1,000 rumah, daripada 10,000 flyers tu, hantar setiap minggu selama 10 kali kepada setiap rumah tu…Means, risalah kita akan sampai depan mata Audiens melebihi 7 kali, memenuhi prinsip Dan Kannedy kan? Tengoklah iklan TV, mana ada keluar sekali je, berulang2 malah lebih 7 kali….

So, jangan putus asa edar, pilih satu kawasan & edar lebih daripada 7 kali kepada orang yang sama, faham kan? Camnilah caranya untuk dapat result / response yang lebih efektif, so, berani dah edar flyers dengan lebih bijak? Selamat mencuba & semoga berjaya convertkan Audiens kepada Pelanggan Anda…In shaa Allah!

P/s : Saya pun belajar daripada Sifu saya, dulu bodoh juga buang duit tak tahu teknik betul.

Cara iklan di FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *