Mentaliti kaya vs mentaliti miskin


Topik mental kaya vs mental miskin ni sebenarnya topik lama tapi bila ada yang viralkan isu di Facebook terasa seronok pula sebab mengenangkan sikap diri sendiri dulu, kini dan selamanya. Isu ini diulas semula oleh jutawan Alibaba.com iaitu Jack Ma yang menceritakan saat dia belum naik dahulu-dahulu kala.

Ini memang isu sejagat dan bukan berlaku dikalangan orang Malaysia je tapi manusia amnya. Kalau nak cerita direct to point tu susah la sikit tapi kita cuba cerita santai mungkin senang faham. Jack Ma macam orang lain bila nak mulakan bisnes dia dulu dia start dengan promote kat saudara mara dan kawan-kawan dulu. Tapi ada satu feedback yang dia dapat menyebabkan mindset nya berubah setelah itu.

Orang biasa-biasa ni kan yang belum ada jiwa bisnes a.k.a mental miskin akan berkata, “Buat apa aku nak beli dari ko? Nanti ko kaya, aku tak kemana macam tu jugak”. Rata-rata semua saudara yang di approach lebih kurang itulah jawapannya. Bermula dari situ dia mula terfikir nak bisnes biarlah dengan orang yang tak kenal langsung dengan kita atau lebih senang nak faham, lebih elok berurusan dengan orang yang memerlukan perkhidmatan kita. So boleh perati ler Alibaba.com bukan sahaja buat bisnes dalam China tapi satu dunia!

Orang mental miskin ialah orang yang fikir bisnes ini duit. Orang bisnes orang buat duit, perah duit, kumpul duit orang lain. Maksudnya dia nampak faedah satu hala je iaitu mengkayakan si orang bisnes. Orang macam ni akan terus-terusan miskin mentalnya dan fizikalnya jika dia tak ubah mindset hingga akhir hayat. Sedih.

Orang mental kaya ialah orang yang fikir dua hala. Orang bisnes provide barang atau perkhidmatan dan ianya berharga dan perlu di imbal balik dengan upah iaitu wang. Barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh orang bisnes ni tadi akan memudahkan urusan orang lain. Contohnya sabun yang menghilangkan masalah jerawat orang lain, barang baby yang dihantar ke rumah untuk ibu yang baru melahirkan baby tak perlu susah payah keluar rumah waktu pantang dan banyak lagi kemudahan yang di provide oleh orang bisnes. Orang mental kaya melihat orang bisnes ini menambah nilai hidup dan memberi perkhidmatan kepada orang yang memerlukan.

Sementara orang miskin terus-terusan menuduh orang bisnes memerah duit orang lain walaupun sebenarnya tiada pun paksaan untuk membeli. Mentaliti ini ada dalam setiap aspek kehidupan samada pekerjaan kita antara kita dan bos, kehidupan rumahtangga antara suami, isteri dan anak, kehidupan masyarakat antara kejiranan kita dan kehidupan dunia Islam antara negara-negara Islam.

Mungkin kita boleh mulakan dari dalam diri kita sendiri. Jadi lepas ni kalau anda baca blog saya dan perati saya ada promo banyak barang anggaplah ianya antara niat saya untuk tambah nilai hidup kita sebab tak pun nak paksa beli kan. Hanya mereka yang betul-betul perlu akan join, beli atau dapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tu je!

peluang perniagaan 2015

Related terms: Peluang Perniagaan Baru, Peluang Perniagaan Bumiputera, Peluang Perniagaan di Rumah, Peluang Perniagaan Francais, Peluang Bisnis 2015, Perniagaan Mudah, Perniagaan Online, Peluang Usaha

Have any Question or Comment?

16 comments on “Mentaliti kaya vs mentaliti miskin

orang minda kaya..akan nampak peluang walaupun sedang krisis ekonomi.. kak suka baca blog kamu..

Azam Mohd

kak yatiadam; sgt betul tapi ada yang marah bila ada menteri kata dia suka bila RM jatuh sebab akan jadikan Malaysia destinasi murah tarikan pelancong luar haha…macam2

Duit ada di mana-mana. Kena pandai cari dan kreatif. Sekarang tak boleh duduk sahaja. Bagi yang pembeli pulak,promotelah apa barang sekali pun kalau rasa nak beli beli, tak nak duduk diam-diam.

Azam Mohd

rahimah; macam tulah and be positive in every way kan

saya suka tips yg elok berurusan dgn org yg kita tak kenal..
lagi aman deal dgn mereka yg kita tak kenal. šŸ˜€

Azam Mohd

Dato Sitie; apa-apa pun berhati-hatilah bila berurusan dgn yg tak kenal kecuali dgn mereka yg jujur

apa-apa hal sekali pun, jangan sampai kita jadi hamba duit sebaliknya biar duit jadi hamba kita. Keinginan untuk kaya tu semua orang ada … cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita bertindak untuk mencapainya.

Azam Mohd

Dja@Sishaza; elok kita niat untuk mudahkan urusan orang, add value hidup orang lain. dengan cara ni hati kita akan lebih selamat. amin.

Sebenarnya untuk mudah kita menjual, hanya jual kepada yang inginkan penyelesaian kepada masalah tersebut. Sudah tentu mereka akan membeli disebabkan keperluan mereka.

biasalah tu..

ada orang siap ada sakit mental lagi.

haha..

Azam Mohd

sani; mudahkan urusan org lain, urusan kita pun akan dimudahkan.

Azam Mohd

titan, memang mental betul hihi

betul juga tuan, kadang-kadang asyik “fikir nak buat duit”

tapi kalau fikir nak buat duit saja tak jadi.

“jadilah orang yang boleh memberikan sesuatu pada masyarakat.”

ya. duit belum tentu membuatkan kita gembira.

tapi Insya’Allah kegembiraan orang lain akan menggembirakan kita. šŸ™‚

Azam Mohd

suhimi; win-win situation

haha aku tak kesah apa orang miskin fikir, janji diorang bahagia dengan cara diorang sudah la. kalau diorang nak berubah, sedia la untuk di brainwash šŸ˜€

Azam Mohd

Uncle Zuan; bukan apa kesian kat diaorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Sadaqah tanda syukur

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com