Menjual produk di Facebook

menjual produk di facebookMenjual produk di Facebook nampak begitu mudah dan anda boleh lihat betapa hangatnya persaingan antara penjual disebabkan tersangatlah ramainya yang berbisnes di Facebook. Terdapat pelbagai produk yang dijual dari barang terpakai hinggalah termasuk promosi produk takaful. Begitulah meriahnya Facebook ini yang menjadi lubuk bagi sesetengah penjual yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk cikgu, affiliate, bisnes kecil hinggalah kepada syarikat multinasional.

Namun ia tetap menjadi kehairanan bagi sesetengah orang yang mahu berjinak-jinak dengan Facebook kerana percubaan yang seringkali gagal untuk menjual sebarang produk di Facebook. Bersosial dan berbisnes adalah hal yang sangat berbeza maka pendekatannya juga berbeza. Ada dua cara pendekatan yang anda boleh gunakan.

Pendekatan pertama bersosial dengan kawan-kawan untuk menjual kepada kawan-kawan. Dengan cara ini anda perlu menjalin hubungan kawan dengan ramai orang orang termasuk dengan orang yang tidak dikenal untuk meluaskan jaringan. Anda tidak perlukan Facebook page untuk menjual cukup dengan gunakan akaun Facebook profile sedia ada.

Pendekatan kedua ialah dengan menjelaskan kedudukan anda sebagai sebuah bisnes entiti yang menjual produk dalam niche tertentu. Jadi anda menjual dalam jaringan yang lebih luar dari jaringan kawan-kawan. Anda perlu buktikan servis anda adalah terbaik atau harga produk anda adalah yang paling kompetitif. Facebook page adalah cara yang sesuai bagi kategori ini jika anda hendak mula menjual.

Jadi anda punya pilihan untuk muncul sebagai penjual di Facebook bergantung kepada kesesuaian jiwa anda.

Nota: screenshot adalah sms dari isteri saya yang menjual niche item dengan menggunakan Facebook.

Klik sini —> Seni promosi produk di FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *