Mengapa subjek Sains tidak menarik minat generasi muda?

Maaf jika saya kata ini cuma pendapat peribadi sahaja tapi apa salahnya berkongsi pendapat untuk renungan bersama. Sains itu membosankan apabila ianya dianggap hanya sebagai satu subjek akademik yang perlu diambil untuk lulus peperiksaan. Situasi di Malaysia ini senarionya dari sekolah rendah darjah 1 hatta kadang dari tadika sekalipun dan ada diterapkan peperiksaan untuk ranking pelajar.

Berbanding di Jepun sebuah negara maju di sebelah timur menerapkan nilai (values) dan etika terlebih dahulu pada anak-anak pada peringkat awal sekolah rendah supaya apabila mereka membesar boleh membezakan antara baik dan buruk. Dengan kata lain anak-anak boleh membawa diri dan berfikir dengan lebih matang untuk membuat keputusan sendiri dalam memelihara kehidupan mereka sendiri. Apabila jatidiri ini dah kuat maka secara otomatik pun mereka akan lebih berdisiplin dalam pembelajaran.

Namun apabila sebaliknya seperti di Malaysia, di sekolah anak paling kecil pun dah dikenalkan dengan kepentingan kecemerlangan akademik menjadikan prioriti anak semenjak kecil adalah belajar untuk dapat A semasa kecil tanpa memikirkan secara khusus berkaitan adab, etika dan nilai. Akibatnya anak-anak dibezakan antara kelas cemerlang dan kelas linus. Yang cemerlang di sokong dan dibantu manakala yang linus terkial-kial nak struggle untuk melanjak naik sama level dengan yang cemerlang.

Begitu dengan subjek sains. Yang terlalu ditekankan adalah akademik dan kecemerlangan. Nak lulus periksa jika tak faham- terpaksa di hafal je lah. Adakah anda perasan sebenarnya tidak benar kenyataan generasi muda tidak minat subjek sains. Ini kerana mereka minat sains ini dalam bentuk yang lain. Terdapat banyak sekolah yang terlibat dalam pertandingan inovasi dan menang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Terdapat banyak sekolah yang mempunyai projek sains sebagai aktiviti di sekolah. Paling tidak ada kumpulan yang mengitar semula sisa dan berkebun dengan produk hasil kitar semula tersebut atau ada kelab robotik yang belajar pengaturcaraan untuk pergerakan robot.

Sebenarnya sains itu ada di mana-mana dan dalam pelbagai bentuk. Generasi muda lebih suka aplikasikan sains itu dalam bentuk yang menyeronokkan berbanding belajar sains secara teori dalam keadaan yang membosankan. Jadi untuk menarik sains agar diminati oleh generasi muda adalah dengan melibatkan mereka dengan projek sains yang ‘fun’ dan boleh dikaitkan dengan kejadian sebenar di sekeliling kita. Apabila mereka lihat sains ini adalah satu kejadian tabii yang berada disekeliling kita serta seronok untuk difahami oleh itu kefahaman ini akan ditanam kedalam otak dan pemikiran mereka semasa kecil jadi apabila mereka sudah besar dan matang maka mereka akan menganggap sains itu sebagai biasa. Malah ia mungkin menarik untuk dipelajari bagi memahami kejadian-kejadian yang dialami melalui sains.

Buat masa ini sains dianggap sebagai sukar, sains hanya untuk budak pandai, genius atau untuk yang ‘geek’, ‘nerd’ sahaja kerana mereka dimomokkan dengan sains yang agak teknikal dari peringkat awal. Jadi dalam minda itu sudah tertanam sains adalah subjek yang sukar. Jadi apabila sudah besar sudah semestinyalah mereka akan menjauhkan diri dan mengelakkan diri dari sains. Apatah lagi prospek kerja di bidang sains tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Maka lebih baik bagi mereka untuk menceburkan dalam bidang yang sedia maklum diperlukan dan ‘demanding’.

Psikologi untuk mengatasi sindrom tak suka sains ini perlulah difahami dan dipelajari dari kisah Thomas E. Edison. Beliau adalah inventor tersohor dan tercatat dalam sejarah sebagai orang yang gigih dan berjaya dalam sains. Tapi tahukah anda bahawa beliau diwaktu kecil telah dibuang oleh gurunya dari sekolah kerana dianggap lembam. Jika benar lembam, bagaimana beliau boleh hasilkan pelbagai ciptaan baru untuk kegunaan manusia lain di zaman moden. Tidak lain tidak bukan ialah sains pada beliau adalah suatu keseronokan untuk di terokai dan difahami serta dipelajari supaya ianya dapat dimanfaatkan. Sementara itu beliau akan berasa puas kerana hasil buah tangannya di terima oleh orang lain. Tahukah anda beliau memang bukan genius dan mencuba mungkin hampir 1000 kali untuk menyempurnakan prototaip awal salah satu dari ciptaan-ciptaannya.

Sains adalah untuk diterokai keseronokannya berbanding untuk dihafal dan dipelajari secara teori bagi menjawab kertas soalan. Generasi muda atau GEN Y ini bukanlah ‘nerd’ dan ulat buku dengan cara baca, hafal formula dan buat latihan untuk belajar sains. Tetapi GEN Y memahami konsep sains dengan cara terjemah dengan cara hands on dan on site.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 668 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*