Mengapa perlu cara promosi guna fanpage?


Soalan popular yang selalu ditanya berkenaan pemasaran facebook adalah, “Saya dah ada akaun profil, kenapa perlu saya buat pages untuk bisnes?

Tidak kira sebesar mana pun perniagaan anda, ia adalah satu inisiatif baik, iaitu menghasilkan Facebook Pages untuk bisnes.Facebook Pages atau dahulunya dikenali sebagai fan page, adalah laman Facebook yang berlainan dari profil peribadi kita. Dan banyak syarikat besar seperti Coca Cola, Starbucks, menggunakan Facebook Pages untuk berkomunikasi bersama pelanggan mereka.

Malahan, pengusaha kecil seperti penjual kerepek, peniaga kain tudung juga menggunakan sepenuhnya medium Facebook untuk kebaikan bisnes mereka!

Antara sebab utama anda harus pertimbangkan Fanpage adalah ianya tiada had untuk mengumpul fans. Akaun profil hanya dibenarkan untuk menampung 5,000 fans manakala Fanpages boleh menampung lebih dari itu. Jadi jika anda belum ada akaun Fanpage boleh daftar di laman ini untuk mendapatkan panduan step by step bina Fanpage secara percuma dan promosikan perniagaan anda sekarang juga dengan menggunakan Fanpage.

Lagi satu tanggapan popular ialah cara promosi Fanpage semuanya percuma dan dibuat secara manual.

Tidak sama sekali.

Jawapannya adalah ‘Yes and No’. Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa kita boleh mendaftarkan diri secara percuma seperti di Youtube, Facebook, Twitter, Tumblr.

Walau bagaimanapun, untuk menjalankan strategi pemasaran Facebook sebenarnya terbahagia kepada dua, iaitu percuma dan berbayar. Contoh berbayar adalah melalui pengiklanan di Facebook (Facebook Advertising).

Contoh berbayar lain adalah melanggan tools yang berbayar. Salah satunya, Robot Facebook. Tools ini telah dibangunkan oleh seorang pakar Facebook tempatan.

Tools ini akan membantu para pemilik bisnes menjadualkan kandungan post secara automatik, mengkaji ‘engagement’ di antara pemilik Facebook pages dan pengikut, mengukur prestasi jualan melalui Facebook.

Jadi jawapannya, bukan semuanya percuma. Ada strategi yang memerlukan pelaburan wang. Pilihan di tangan masing-masing, untuk gunakan kedua-duanya, atau salah satu daripadanya.

Alangkah bagusnya jika anda tahu Mudahnya Berniaga di FB

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com