Mengapa orang kaya akan terus kaya dan orang miskin akan terus miskin?

Ini adalah persoalan yang biasa kita dengar.

Orang kaya akan terus mendapat peluang untuk menambah kekayaan mereka sedangkan orang miskin kurang berpeluang.

Tahu tak kenapa?

Ini adalah kerana apa yang berada dalam minda mereka sendiri, yang lebih tepat adalah pada minda bawah sedar mereka.

Dengan lebih jelas lagi, ia adalah program atau format pemikiran dalam minda itu.

Minda kita telah diprogramkan daripada kecil yang dipengaruhi oleh persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan, guru, media massa dan sebagainya.

Minda orang miskin selalu memikirkan tentang kemiskinan.

Contoh paling nyata ialah kata-kata yang negatif.

“Susahlah nak dapat duit”.

“Kerja kuat-kuat pun tak kaya-kaya juga”.

“Duit tak penting, cukuplah apa yang ada”.

Kalau beginilah pemikirannya, bagaimana nak dapat kekayaan?

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Mudah saja.

Minda perlu diformat atau diprogram semula.

Bagaimana nak format semula minda ni?

Itulah yang nak dibongkarkan pada kali ini.

Dan in shaa Allah boleh mengubah hidup sesiapa sahaja.

Iaitu dengan rahsia tarikan ini.

Rahsia tarikan berupaya mereset minda kita dan menanam kepercayaan baru yang lebih positif ke dalam minda.

Bila minda positif maka tindakan kita juga menjadi positif seterusnya menarik kita ke dalam jurang kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *