Masuk Singapore dengan kereta sendiri masa cuti sekolah

Memandu masuk ke Singapore dengan kereta sendiri tidaklah sukar jika korang ikuti langkah-langkah berikut:Pastikan dulu tahu nak pergi mana?

Rancang dengan sebenar-benarnya sebab nanti bila nak masuk ke checkpoint nak kena isi borang putih (embarkment) yang korang punya alamat tujuan nak pergi mana.

Minta cuti dengan boss jika korang plan nak masuk Singapura pada hari waktu bekerja.

Untuk lebih selamat boleh apply insuran perjalanan (travel takaful dengan Etiqa etc) bagi menjamin sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tak diingini. Semoga tak ada apa berlakulah lah ye.

Tukar duit MYR ke $S kat mana-mana pengurup wang atau money changer yang berlesen. Bawa duit yang mencukupi. Lebih tak apa nanti boleh tukar balik.

Sebelum lupa, macam biasa kereta korang roadtax ada kan hidup lagi kan.

Lesen pun masih on kan. Lesen memandu Malaysia je kira dah lulus la tu.

Setkan smartphone atau beli pas roaming dengan syarikat telekomunikasi korang dan aktifkan sehari sebelum atau 3 jam sebelum sebab pengalaman aku ingat nak aktif immediately rupanya 3 jam baru roaming start aktif. Roaming ni penting sebab nak guna Google map nanti. Lambat aktif nanti korang sangkut kat trafik Singapura walaupun kereta tak banyak mana.

Bila nak masuk Singapura tu elokla pakai Google map mana tau sesat. Ikut signboard pun ok. Ikut arah Woodlands. Yang ikut Tuas tu aku tak tau.

Mula-mula korang akan sampai ke checkpoint imegresen Malaysia dulu. Pegawai akan cek passport korang. Turunkan cermin kereta dan hidupkan lampu dalam kereta sebab pegawai nak kira dan nak tengok orang dalam kereta sama tak dengan passport masing-masing.

Lepas ni checkpoint imegresen Singapura pulak. Yang ni lama sikit sebab korang kena isi borang embarkment. Sama macam mana-mana imigresen kalau naik flight nak landing mesti pramugari akan edar borang suruh isi. Cuma bezanya bila drive sendiri ni borang dapat on the spot jadi nak isi borang pun on the spot dekat checkpoint tu jugak masa korang duduk dalam kereta tu lah. Lagi ramai orang dalam kereta lagi banyak dapat borang lagi lama nak isi. Melainkan korang akan datang nak datang lagi so mintalah borang banyak sikit dari pegawai imegresen Singapura supaya boleh isi siap-siap untuk next trip. Lepas serah passport dan borang putih tu pun depa ambil masa sikit nak verify dan sahkan.

Selepas setel dengan checkpoint imegresen Singapura korang yang first time akan diberitahu untuk berhenti di satu pondok untuk buat urusan autopass. Itupun kalau korang bagitau first timer kalau tak depa suruh jalan je. Pondok ni betul-betul sebelum exit atau way out ke jalan masuk Singapura. Kat sini depa tak pakai perkataan ‘exit’ tapi baisanya pakai perkataan ‘way out’. Bagi yang first time jangan terlepas pondok ni dia kecik je sebelah kanan. Autopass ni penting sebab dia mudahkan korang untuk bayar beberapa yuran atau fi yang wajib bila masuk Singapura. Beli kad autopass di pondok ni korang kena snap gambar roadtax kereta dan kad pengenalan driver sebab kerani kaunter nak tengok sebelum keluarkan autopass untuk korang. Harga kad $6 bayar dalam $10 la senang sebab bila kita tukar duit kat money changer mesti dapat duit besar. Autopass ni macam Touch n Go sebab mudahkan bayar parking dan mungkin banyak lagi urusan di Singapura.

Rasanya itu je step urusan nak masuk Singapura kot. Langkah pertama bila dah masuk SIngapura tu pertama sekali cari 7 eleven untuk top up autopass sebab bila nak keluar nak masuk Malaysia nanti ada beberapa yurang atau fi yang kena bayar guna autopas. Pastikan baki nak selamat biar la dalam $20 ke. Tenang la sikit kan.

Bila nak keluar je nanti Touch n Go orang pun akan ada caj oleh PLUS so standby top up awal-awal na.

So, itu je kot rasanya, kalau ada soalan boleh je tanya balik.

Selamat memandu masuk ke SIngapore dengan kereta sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *