Masuk Islam bukanlah masuk Melayu – jangan salah faham Islam

BUKAN!

Isu ini banyak timbul sebab kekeliruan dan ketidakfahaman Islam.

Ianya timbul bukan hanya dari kalangan orang bukan Islam malah pegawai agama Islam sendiri kadangkala ada yang memberi gambaran salah tentang perkara ini.

Hanya kerana majoriti Islam di Malaysia adalah Melayu, tidak bermaksud masuk Islam anda akan jadi Melayu. Tidak sama sekali!

Islam adalah untuk semua umat manusia.

Contoh mudah – pergilah ke negara China, anda akan lihat ramai umat Islam di kalangan bangsa China dengan masjid yang dibina ikut budaya resam orang China juga.

Jadi jangan salah faham bila anda di negara China anda jumpa orang Islam China dan anda pula cuba nak cakap Melayu dengan mereka kerana anda anggap semua orang Islam sudah masuk Melayu.

Itu sudah jadi satu lawak!

Dan cuba elak lihat orang Islam, elak dari lihat orang Melayu tetapi lihatlah agama Islam itu sendiri.

Orang Islam itu sendiri tidak semestinya mengamalkan Islam. Ada yang benar-benar amalkan dan ada yang Islam hanya pada nama.

Jadi kajilah Islam yang sebenarnya.

Bagaimana? Macam mana nak tahu Islam itu bagaimana?

Caranya ialah dengan mengkaji kitab Islam iaitu Al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *